macam macam ada

[photo] Majlis Baby Shower Rozita Che Wan dan Zain Saidin

 
Memang trend artis Malaysia sekarang mengadakan Baby Shower untuk ayang bakal bergelar melahirkan anak. Pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin juga tidak ketinggalan untuk mengadakan baby shower. Masa untuk Rozita Che Wan melahirkan chaya mata pun kian hampir.

Majlis baby shower yang dihadiri rakan artis turut meriah dengan tema kuning putih. Apa yang diharapkan, moga Rozita Che Wan selamat melahirkan cahaya matanya kali ini. Ada lagi gambar sekitar Majlis Baby Shower Rozita Che Wan dan  Zain Saidin. Kredit to SysImage

[photo] Majlis Resepsi Farawahida Dan Syukur

Setelah menempuh pelbagai kontroversi, akhirnya Farawahida dan pasangannya Syukur telah selamat diijabkabulkan pada 16 Disember lalu. manakala majlis resepsi telah diadakan di Dewan N'dah, Shah Alam. Sama cantik, sama padan. itulah dapat digambarkan melihat gambar perkahwinan farawahida dan Syukur.

Tahniah buat farawahida dan pasangannya. Semoga ikatan yang terbina akan kekal hingga akhir hayat. Kredit kepada Malaysia Digest atas gambar perkahwinan Farawahida dan pasangannya. Jom tengok keanggunan dan farawahida dan pasangannya di Majlis resepsi mereka.

[photo] Majlis Resepsi Rozita Che Wan dan Zain Saidin

Akhirnya, Majlis resepsi Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah selamat dilangsungkan di Setia City Convention Centre di Shah Alam. Majlis yang dihadiri rakan artis, ahli keluarga dan rakan media semakin meriah berlangsung. terserlah kejelitaan Rozita Che Wan pada hari tersebut.

Rozita Che Wan menyarungkan dua persalinan yang berwarna keemasan dan kuning. Memang tidak dinafikan, Rozita Che Wan dan Zain Saidin nampak secocok walaupun berbeza usia. Diharap, perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin kekal hingga akhir hayat. lagi gambar majlis resepsi Rozita Che Wan dan Zain Saidin.

[photo] Majlis Pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin

Selamat Pengantin Baru Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Semoga kekal bahagia sehingga akhir hayat. Memang tak dinafikan, ramai yang ingin mengetahui perkembangan perkahwinan Rozita Che wan dan Zain Saidin. Akhirnya mereka telah selamat diijabkabulkan pada 11/12/13 yang lalu.

Dengan sekali lafaz, Zain Saidin sah sebagai suami dan penyeri hidup Rozita Che Wan. Memang terserlah keceriaan kedua-dua pasangan ini selepas diijabkabulkan. Kredit kepada carlosnizam.com atas gambar perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin.