[news] zizie ezette dan bung mokhtar masuk mahkhamah | macam macam ada

[news] zizie ezette dan bung mokhtar masuk mahkhamah

baru-baru ini, kita lihat kemesraan zizie ezette dan bung mokhtar terserlah semasa abpbh 2009. dan semua sudah tahu bahawa zizie ezette merupakan isteri kedua bung mokhtar. kini, terdapat pula laporan bahawa bung mokhtar tidak meminta izin untuk berpoligami dari isterinya. selain itu, dikatakan juga ahli keluarga zizie ezette turut terlibat dalam masalah ini. ikuti. ikuti berita dari utusan online ini.


KUALA LUMPUR 20 April – Datuk Bung Mokhtar Radin mengaku bersalah berpoligami tanpa kebenaran mahkamah ketika kesnya disebut di mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini. Isteri beliau, Zizie Ezette Abdul Samad juga mengaku bersalah bernikah dengan Bung Mokhtar tanpa kebenaran pendaftar.
Selain itu, mereka juga mengaku bersalah atas dakwaan bersubahat dengan pasangan masing-masing untuk melakukan perbuatan berpoligami itu. Bung Mukhtar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, dan Zizie Ezette melakukan perbuatan tersebut pada 16 Disember tahun lalu kira-kira pukul 8.50 malam di sebuah rumah beralamat No. 12, Jalan TC 2B/3, Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak dekat sini.

0 comments:

Post a Comment