macam macam ada: January 2011

[news] Ariel Peterpan Dipenjara 3 Tahun 6 Bulan

Kes perbicaraan vokalis Kumpulan Peterpan, Ariel telah selesai dilaksanankan. Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham dijatuhi hukuman penjara 3 tahun 6 bulan dan denda Rp 250 juta bersamaan RM85 000 atau penjara 3 bulan. 

Mahkhamah Daerah bandung mendapati Ariel bersalah kerana mengedarkan video pornografinya dengan Luna Maya dan Cut tari. Waalu bagaimanapun, Luna Maya dan Cut tari tidak dienakan sebarang hukuman. Diharap, semua ini dapat dijadikan iktibar terutama golongan artis.

Lirik Susun Silang Kata (Aizat), OST Tiramisu


Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

[photo] Pertunangan Farah AF2 Dengan Ahli Perniagaan

 Terlebih dahulu, credit pada Mohd Asri Ahmad FB. Pertunangan Farah AF2 telah lama berlangsung iaitu pada 25 December yang lalu. Majlis yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat nampak menarik. Ditambah wajah Farah AF2 yang comel.

Pengacara Rasa Halal Orient itu, yang pernah popular dengan lagu Tangisan Dalam Kerinduan nampak ayu bila mengenakan tudung. Tahniah diucapkan kepada Farah AF2 atas pertunangannya. Diharap pertunangan ini diteruskan hingga ke jinjang pelamin. Jom lihat gambar-gambar pertunangan Farah AF2

[news] Yuna Bercinta Dengan Pelakon, Qushairi

Yuna yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya dikhabarkan sedang bercinta dengan pelakon drama, Qushairi ataupun Qi. Bagaimanapun, menurutnya perhubungan mereka masih di tahap awal dan sudah direstui oleh kedua ibu bapa mereka. Yuna tidak menolak kemungkinan hubungan mereka akan berakhir dengan sempurna

bagaimanapun, buat masa ini Yuna ataupun nama sebenarnya Yunaris Zarai sibuk membuat persiapan ke luar negara bagi menjayakan rakaman program realiti TV Yuna Insspired di London. kemudian nya akan ke New York. Moga perhubungan jarak jauh ini antara Yuna dan Qi kekal selamanya.

[news] Yusry KRU Bercinta Dengan Anak Rohana Jalil

Sudah lama tidak mendengar berita tentang Yusry KRU. Selepas gosipnya dikatakan bercinta dengan Maya Karin, kini dikhabarkan Yusry bercinta dengan anak Rohana Jalil. Iaitu Syakila Nisha Jahangir Khan, anak kedua Rohana Jalil. benarkah gosip terbaru ini.

Mungkin ramai tidak megenali Syakila ini. Dia baru saja mengeluarkan single terbaru dibawah naungan KRU Berhad. Dan juga akan muncul dalam filem Karak arhan Yusry KRU. Gadis berbibir Angelina Jolie kurang dikenali sebenarnya. Kita tunggu terjahan tentang pasangan ini. Credit to cari.com.my

[news] Farid Kamil Dan Diana Danielle Juga Berpisah

Farid Kamil dan Diana Danielle juga berpisah. Adakah sekarang musim berpisah? Bila musim artis bercerai ramai pula yang bercerai. Agaknya, bila lagi musim artis nak bertudung? Berbalik pada kisah Farid Kamil dan Diana Danielle. Kebenaran terbukti bahawa Diana Danielle sendiri menyatakan dia minta putus dengan Farid Kamil melalui twitternya.

Tak kisah la Diana Danielle nak putus sekarang. Jangan putus apabila berkahwin sudah la. Terpaksa dikumpulkan dalam koleksia artis malaysia bercerai. Apapun, harap Diana Daniele teris dengan perjuangannya dan juga Farid Kamil..Ada sesiapa mahu cuba?

[news] Fasha Sandha Paparkan Bukti

Fasha Sandha memaparkan lagi bukti bahawa Fasha masih belum berpisah dengan Jejai semasa percutian Nora Danish dan keluarga Jejai di Jepun. Tidak habis-habis dengan status pergaduhan mereka. Apa kata cuba digabung dalam satu filem. Pasti filem akan meletup.

Berbalik kepada sikap Fasha Sandha, rasionalkah segala bukti yang dipaparkan? Hanya sekadar untuk membela diri ataupun sebaliknya. Semakin pening dengan dunia artis ini. Ininlah buktinya yang disimpan dalam Blackberry Fasha Sandha. Kandungan sms dan log call Jejai semasa di Jepun. Credit to Tupai

[photo] Percutian Nora Danish dan Keluarga di Jepun

 Gambar-gambar percutian Nora danish bersama bekas suaminya dan keluarga di Jepun telah tersebar.  kalau tidak silap, suasanannya sekitar Tokyo Disneyland. Anak nora danish dan rizal macam orang jepun la pula. Sangat comel dan putih. Jom saksikan gambar-gambar percutian Nora Danish di Jepun bersama famili Rizal ataupun Jejai.

Ingat. bukan sebab ini Fasha Sandha dan Jejai berpisah. Segalanya biarlah berlalu. Janganlah ada lagi kes penceraian arti di Malaysia ni. Credit to Ohbulan.com

Lirik Gemilang Dari Adi Mentor 4, OST Drama Gemilang


Suatu ketika... 
Kita pernah tertawa...
Suatu ketika...
Kita pernah berduka....
Memori lalu...
Tersemat di hatiku....
Buat azimat perjalananmu....

Lirik Cinta Matiku (Sixth Sense), OST Hani

Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku

[news] Fasha Sanda dan Rizal Sudah Berpisah

Pelakon, Fasha Sandha dan Rizal ashram ataupun jejai (bekas suami nora danish) disahkan berpisah. Rizal telah menghantar email kepada wartawan Harian Metro untuk menjelaskan segalanya. Ini  ekoran terlalu banyak konspirasi yang memburukkan nama bekas isterinya, nora danish. Kini persoalan telah terjawab.

Dengan lain perkataan juga, dikhabarkan Nora Danish sudah mempunyai pengganti dan Rizal juga mengenalinya. Diharap segala spekulasi dapat terjawab. Untuk berita lanjut, boleh merujuk Harian Metro [Nora Bukan Dalang]

[photo] Pertunangan Pasha Ungu dan Adelia Wilhelmia

Pertunangan Pasha Ungu dan Adelia Wilhelmia telah lama berlalu. Kini hanya untuk menghitung hari perkahwinan Pasha Ungu dan Adelia. Pasha menghadiahkan kalung emas dan kain "donggala" sempena pertunangan mereka. Kain "donggala" merupakan tradisi turun temurun yang selalu dilakukan oleh keluarga Pasha Ungu.

Tampak segak dan menarik pasangan Pasha Ungu dan Adelia. Mari saksikan gambar-gambar sekitar Majlis Pertunangan Pasha Ungu dan Adelia Wilhelmia.

Lirik kalau Berpacaran, Ana Rafali, Sohaimi Meor Hassan Dan Altimet


Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Lirik Sedetik Lebih (Anuar Zain), OST Hikayat Merong Mahawangsa


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

[news] Perkahwinan Fahrin Ahmad Terbongkar

Jejaka yang kerap kali putus cinta, Fahrin Ahmad melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihan hatinya. Akhirnya, Fahrin bertemu juga dengan jodoh nya. Adakah perkahwinan ini akan kekal ataupun tidak. Sama-sama kita nantikan. Jangan tersalah paham, Ini adalah untul slot drama terbaru dari TV9. 

Iaitu drama "Dia Bukan Maryam" yang akan ditayangkan  setiap Isnin dan Selasa jam 8:30 malam di TV9 bermula 24 Januari. Drama arahan Erma Fatima ini memulakan pengambaran di sekitar Kuala Lumpur, Madinah, Mekah dan Jeddah. Jangan ketinggalan untuk saksikannya. Crediet to Budiey

[photo] Sambutan Hari Jadi Datin Paduka Umie Aida

 Selamat hari Jadi buat Datin Paduka Umie Aida yang telah menyambut hari kelahirannya yang ke -37. Dengan surprise party yang dirancang, menambahkan lagi kegembiraan Umie Aida. Ramai rakan-rakan artis yang hadir antara Erra Fazira, Sofia Jane, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Maya Karin, Nuraliah Lee dan ramai lagi. Eh, Nuraliah Lee kembali bertudung. Alhamdulillah.

Mahu lihat gambar-gambar sambutan hari jadi Umie Aida la. Jom saksikan!! credit to RED Photography

[photo] Majlis Resepsi Ayu Raudhah dan Zaquan Adha

Gambar Resepsi Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Bagai pinang di belah dua. Penuh dengan suasanan yang romantis. Dengan tema dan pakaian yang sesuai menambahkan lagi seri pengantin. Gambar resepsi di rumah Alor Star, di rumah Ayu Raudhah. Tidak lupa juga pelakon sensasi, Rozita Cik Wan. kakak kepada Ayu Raudhah turut menyerlah

Tidak sabar rasanya hendak menunggu majlis Perkahwinan Rozita Cik Wan. Siapakah yang bertuah. Jom tengok gambar-gambar perkahwinan ayu raudhah dan zaquan adha lagi. credit to facebook Asmady Ahmad

[photo] Perkahwinan Zaquan Adha Dan Ayu Raudhah

 Gambar kahwin Ayu Raudhah dan Zaquan Adha pasti dinanti. pasangan ini telah diijabkabulkan dan selamat menjadi sepasang suami isteri yang sah. tahniah diucapkan, Nampak anggun Ayu Raudhah bersama pasangannya Zaquan Adha. Diharap birasnya, Rita Rudaini turut berbangga dan saling berbaik sesama mereka. Nak tengok lebih banyak gambar?

[photo] Exclusive Perkahwinan Rebecca Nur Islam

 Gambar exclusive perkahwinan rebecca Nur Islam. Credit to jangguttouch. cantik gambar-gambar ni. Dengan raut wajah Tebecca yang manis serta pasangan nya. Tahniah diucapkan sekali lagi untuk pasangan ini.  Mari saksikan gambar-gambar exclusive majlis perkahwinan Rebecca Nur Islam

Lirik Di Hati Ini, OST Ustaz Amirul


Masihkah terbayang rasa ku padamu

Ketika cinta diselimut bayu

Bintang malam menjadi saksi rindu

Ku sangka kau milikku

Lirik Insyaallah Versi Melayu Dari Maher Zain


Ada ketika, hadir perasaan hampa
Kehilangan dalam diri sendiri
Bagai malam yang penuh kegelapan
Sendu, pilu, tiada jalan yang terang

[news] Rebecca Nur Islam Berkahwin Dengan Duda

Rebecca Nur Islam selamat diijabkabulkan bersama seorang duda, Nor Azam Sulaiman. Majlis yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat telah berlangsung . Khabarnya, pasangan ini akan menhabiskan bulan madu di Paris dan London. Apapun, pihak kami harap, rebecca dan suami akan bahagia serta menjalankan tanggungjawab sepatutnya.

Finalis Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 2010

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 semakin hampir. Senarai calon untuk top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 telah diumumkan. Terdapat 16 kategori semuanya dan pihak kami mengucapkan tahniah buat semua artis yang dicalonkan untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.

Tidak sabar rasanya untuk mengetahui keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010. Sebelum itu, jom kita saksikan senarai artis yang tercalon untuk ABPBH 2010.

[photo] Pra Perkahwinan Irwanshah Dan Zaskia

 Artis Indonesia, Irwanshah yang pernah terkenal di Malaysia melalui filem My Heart akan melangsungkan perkahwinannya dalam masa terdekat ini juga. Irwanshah dan Zaskia, telah mengadakan sesi pra wedding. Sama-sama kita nantikan, bila agaknya tarikh perkahwinan Irwanshah dan Zaskia. Pihak kami harap, perkahwinan yang akan dilangsungkan berjalan lancar.

Saksikan gambar-gambar pra perkahwinan Irwanshah dan Zaskia...

[news] Tomok Akan Berkahwin Dengan Pramugari, Ayu

Tomok ataupun nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pramugari Julai ini. Pramugari itu, yang dikenali sebagai Ayu yang berumur 31 tahun juga sedang sibuk mengadakan persiapan. Tomok juga tidak menafikan tentang berita ini dan kami berharap Tomok bahagia bersama pasangannya. Serta dipermudahkan semasa perkahwinan Tomok dan Ayu.

[photo] Sambutan Hari Jadi Dato Siti Nurhaliza

 11 Januari merupakan hari jadi artis paling popular Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Dato Siti Nurhaliza. Sambutan hari jadi yang ke-32 ini berlangsung di JW Marriot, Kuala Lumpur. Sudah makin meningkat usia Dato Siti Nurhaliza tetapi wajahnya tetap sama. Adakah itu penangan SimplySiti? Saksikan gambar-gambar sambutan hari jadi Dato Siti Nurhaliza. Credit to Budiey

[photo] red carpet anugerah juara lagu 25

 Keputusan anugerah juara lagu ke-25 telah diketahui umum. Tahniah buat Ana Rafali yang buat pertama kali menyertai dan telah memenanginya. Harap tidak ada yang terlampau kecewa kerana artis kesayangan tidak mendapat apa-apa. Sudah adat pertandinga, bila ada yang menang pasti akan ada yang kalah. Jom saksikan gambar red carpet anugerah juara lagu 25. credit to beautifulnara dan redmummy!!

Keputusan Anugerah Juara Lagu 25

Keputusan Anugerah Juara Lagu 25 telah diketahui umum. Siapa sangka, artis buat pertama kalinya menyertai  anugerah juara lagu boleh memenangi acara yang berprestij ini. Tahniah diucapkan buat para pemenang. Dan untuk yang tidak berpuas hati tentang keputusan AJL 25 ini, cuba lagi tahun depan. 

Maklum la, kecoh di twitter yang artis kesayangan tidak membuahkan hasil. Dan inilah keputusan nya, anugerah juara lagu 25. Seperti ramalan, salah satunya terkena. Berikut adalah keputusannya

[photo] perkahwinan azlan the typewriter dan normala

 Gambar perkahwinan Azlan the typewriter dan Normala kini sudah ada. Credit untuk beautifulnara. Cantik tema perkahwinan mereka. Azlan nampak bergaya manakala Normala kelihatan seri pengantinnya. Tahniah diucapkan. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat. Jom tengok banyak lagi gambar-gambar perkahwinan Azlan the typewriter dan normala.

Anugerah Juara Lagu 25

 Anugerah Juara Lagu yang ke 25 kembali lagi. Kini menampilkan finalis-finalis yang hebat dan kebanyakkan dari wajah-wajah muda. Pada firasat anda, finalis mana yang akan menerima gelaran juara untuk anugerah juara lagu 25. Sama-sama kita nantikan keputusan anugerah juara lagu 25 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2011. Ini adalah senarai finalis anugerah juara lagu

[news] azlan the typewriter kahwin

Azlan dari kumpulan The Typewriter sudah selamat diijabkabulkan dengan pasangan hidupnya, Normala. Majlis pernikahan yang berlangsung pada Tahun Baru mengesahkan status Azlan sebagai suami kepada Normala. Azlan yang dulu lebih dikenali bersama kumpulan Meet Uncle Hussein. Tahniah diucapakn di atas perkahwinan Azlan dengan Normala. Moga berbahigia ke anak cucu.