macam macam ada: 2011

[photo] Pernikahan Nurul Syuhada Pengacara Majalah 3

Kali ini giliran Nurul Syuhada, pengacara Majalah 3 menamatkan zaman bujangnya. Tahniah kepada Nurul Syuhada dan  Raja Amir. Memang secocok kerana keduanya nampak seiras. Moga lebih berkat pernikahan yang terbina antara Nurul Syuhada dan Raja Amir.

Dengan sekali lafaz, Nurul Syuhada sah menjadi isteri Raja Amir. Dengan hantaran RM 20 111 dan mas kahwin RM777.Credit gambar untuk ohbulan. Jom saksikan gambar pernikahan Nurul Syuhada dan Raja Amir

[photo] Majlis Resepsi Perkahwinan Farah AF2 dan Johan

Selamat Pengantin Baru buat Farah AF2 dan Johan, yang telah selamat melangsungkan Majlis Perkahwinan mereka di Pusat Maritim Putrajaya. Sama cantik sama padan, itulah yang dapat digambarkan dari raut wajah pasangan ini.

Moga perkahwinan yang terbina ini akan kekal hingga akhir hayat. Majlis Resepsi Farah AF2 dan Johan bertemakan suasana taman memang tampak menarik. Segalanya berjalan lancar dan seperti sedia kala. Credit buat Gi Photoshoot. Jom saksikan gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Farah AF2 dan Johan.

[photo] Pernikahan Farah AF2 dan Johan di Putrajaya

 Tahniah buat Farah AF2 atau nama sebenarnya Farah Diana Bt Anuar yang selamat di ijabkabulkan bersama tunang tersayang Johan. Terserlah seri pengantin  Farah AF2 dengan pasangannya Johan. Tahniah sekali lagi atas pernikahan Farah AF2 dan Johan

Credit to ohbulan.com dan murai.com.my atas gambar perkahwinan Farah AF2. Jom kita tengok gambar pasangan sejoli ini bersama pelamin yang simple tapi sangat menarik. Tak sabar pula nak tunggu majlis di Pusat Maritim 16 Julai ini

[photo] Kad Kahwin Kipas Farah AF2 Dan Johan

Seorang lagi artis Malaysia yang akan menamatkan zaman bujang. Siapa tidak kenal dengan Farah AF2 yang kini tampil dengan imej bertudung dan nampak lebih ayu. Fenomena kad kahwin juga tidak menjadi ketinggalan di kalangan artis. Kad kahwin Farah AF2 dan Johan berbentuk kipas tangan dan memang unik.

Khabarnya, Majlis Perkahwinan Farah AF2 dan Johan akan diadakan di pada 16 Julai 2011 di Pusat Maritim Putrajaya. Majlis yang bertemakan suasanan taman menalan belanja lebih kurang RM200 000. Credit to cari.com.my untuk gambar dan info. Suka tengok kada kahwin Zed Zaidi, Noh Hujan & Mizz Nina juga.

[photo] Majlis Resepsi Mizz Nina Dan Noh Hujan

 Mizz Nina dan Noh Hujan sudah selamat diijabkabulkan. Kini, pasti ramai menanti gambar majlis perkahwinan dan Majlis Resepsi Mizz Nina dan Noh Hujan. Pasangan yang cantik bergaya ini memang menarik walau dikenakan apa pun pakaian.

Kesempatan ini, diucapkan tahniah buat Noh Hujan kerana berjaya mencuri hati Mizz Nina dan selamat menjadi suami yang sah. Jom saksikan beberapa gambar Majlis Resepsi Mizz Nina dan Noh Hujan

[photo] Anak Kembar Sazzy Falak Cukur Jambul

26 June lepas, Sazzy Falak dan suaminya Nazril telah mengadakan majlis cukur jambul buat anak kembarnya Iman Lily dan Tiara Rose. Hanya keluarga terdekat dan beberapa rakan mereka yang hadir untuk majlis cukur jambul itu.

Nampak semakin comel anak kembar Sazzy Falak. Tetapi susah juga nak membezakan yang mana Iman Lily dan Tiara Rose. Moga kehadiran kedua kembar ini menyerikan lagi rumah tangga Sazzy Falak dan Nazril

[photo] Majlis Resepsi Tomok dan Rahayu, Taman Keramat

Majlis Resepsi pertama Tomok dan Rahayu yang berlangsung di Dewan Serbaguna 2 Taman Keramat memang meriah. Dengan kecpadanan terpancar di kedua-dua wajah pengantin ini. Pakaian pengantin serba unggu menaiikan seri pengantin Tomok dan Rahayu.

Credit to madamondoq atas gambar perkahwinan Tomok dan Rahayu. Mungkin baju rekaan Hatta Dolmatt ini membantu menyerikan majlis kali ini. Jom saksikan beberapa gambar untuk Majlis resepsi tomok dan rahayu

[photo] Majlis Pernikahan dan Perkahwinan Tomok dan Rahayu

Tahniah diucapkan buat Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail yang telah selamat menjadi suami kepada Rahayu Abbas, pramugari MAS airlines. Majlis pernikahan yang diadakan di dewan sebaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur telah dihadiri keluarga dan rakan terdekat pasangan ini.

Rahayu menerima mas kahwin bernilai RM300 dan wang hantaran sebanyak RM12 697.11 dan sembilang dulang hantaran. Mnakala tomok menaerima 11 dulang hantaran. majlis resepsi tomok dan Rahayu akan diadakan 2 Julai ditempat yang sama. Manakala 6 Julai untuk rakan media di Saloma Bistro dan 9 Julai di kediaman tomok di Alam Damai, Cheras.

Jom saksikan gambar pernikahan Tomok dan Rahayu yang bertemakan bidadari. Credit to budiey.com

[photo] Majlis Perkahwinan Noh Hujan dan Mizz Nina

Majlis pernikahan Noh Hujan dan Mizz Nina telah berlangsung pada 1 Julai yang lepas. iaitu sempena hari kelahiran Mizz Nina. Majlis pernikahan diadakan di kediaman rumah Mizz Nina di Ukay Height, Ampang. Dengan mas kahwin RM888.88 dan hantaran sebanyak RM11 111.11 telah diterima oleh pihak Mizz Nina.

Majlis resepsi Noh Hujan dan Mizz Nina akan diadakan pada 6 Julai ini, manakala majlis sambut menantu akan diadakan pada 15 Julai di Miri, Sarawak. Moga ikatan yang terbina ini menambahkan lagi kebahagian Noh Hujan dan Mizz Nina. Tahniah diucapkan. Credit gambar to budiey. Jom saksikan gambar pernikahan dan perkahwinan Noh Hujan dan Mizz Nina

[photo] Keluarga Aaron Aziz di Oreo Daddy Dunk

Selamat Hari Bapa buat semua bapa-bapa di Malaysia. Baru-baru ini, satu event sempena hari bapa telah berlangsung di One Utama. Event Oreo Daddy Dunk yang dihadiri hero yang semakin mengukuhkan industri hiburan Malaysia iaitu Aaron Aziz. 

Sebut sahaja Aaron Aziz, pasti ramai tebayang lakonannya yang sentiasa terpapar di televisyen mahupun panggung wayang. Jom saksikan gambar keluarga Aaron Aziz di Oreo Daddy Dunk. Credit kepada http://madammondoq.com 

[photo] Percutian Bulan Madu Salih Yaakob Dan Isteri-isterinya

 Setelah selamat melangsungkan pernikahan dengan isteri keempatnya, salih Yaakob telah membawa isterinya berbulan madu di China. Bukan hanya isteri mudanya sahaja tapi turut dibawa isterinya yang lain serta anaka-anak. Tampak wajah keriangan keluarga Salih Yaakob ini.

Credit to beautifulnara.com atas gambar percutian Salih Yaakob dan isteri-isterinya. Nampaknya, makin bahagia lah keluarga Salih Yaakob ini. Jika da yang ingin berpoligami, bolehlah berjumpa dengan Salih Yaakob. Jom saksikan gambar bukan madu Salih Yaakob di China

[photo] Anak Kembar Sazzy Falak Dalam Inspirasi

Gambar terbaru anak Sazzy Falak dan Nazril di segmen Ispirasi berita harian. Comel sekali wajah anak kembar Sazzy Falak ni. Ini berkat dari gabungan ibu yang cantik dan ayah yang hensem. Suka pula tengok anak kembar Sazzy Falak dan Nazril ni.

Moga dengan anak kembar ini, ikatan perhubungan antara Nazril dan Sazzy Falak lebih erat lagi. Maklum la, zaman sekarang ni, banyak sangat artis Malaysia yang suka bercerai. Apapun, tahniah atas kelahiran anak kembar itu

[photo] Perkahwinan Ahmad Fedtri Yahya Pengacara MHI TV3

Entry yang agak lama diperamkan. Gambar perkahwinan Ahmad Fedtri Yahya, Pengacara MHI yang nampak unik. Lihatlah pada pakaian mereka, yang mengenakan pakaian arab version berwarna hijau pucuk pisang. Tampak lebih berseri dan menarik.

Jom saksikan gambar perkahwinan Ahmad Fedtri Yahya dan pasangan hidupnya yang terserlah keayuan. memang secocok. Pihak kami mendoakan kebahagiaan mereka.

[photo] Pernikahan Ahmad Fedtri Pengacara TV3

Tahniah untuk Ahmad Fedtri, pengacara TV3 yang selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangan pilihan hatinya. Sekarang ni, ramai personaliti TV3 yang telah menamatkan status bujangnya. Nampak anggun sekali wajah kedua mempelai ni. Itulah yang dinamakan seri pengantin.

Apapun, jom saksikan gambar-gambar sekitar pernikahan Ahmad Fedtri Yahya. Tahniah diucapkan sekali lagi dari pihak kami.

[photo] Pernikahan Salih Yaakob Dan Isteri Keempat

Sebelum ini, kecoh dengan tindakan Salih Yaakob ingin mencukupkan quota perkahwinan. Akhirnya, segala telah dibuktikan. Salih Yaakob selamat dinikahkan dengan isteri keempatnya Samihah Sheikh Ali. Tahniah diucapkan buat Salih Yaakob dan isteri.

Sungguh indah hidup bermadu. Tambahan pula mendapat persetujuan semua isteri. Credit to hazrey.com. Jom saksikan gambar pernikahan Salih Yaakob dan isteri keempatnya di Masjid jamek Kampung Melayu Kulaijaya.

Nurul AF2 Bernikah di Thailand Dengan Pensyarah

Bintang realiti akademi fantasia 2, telah selmat bernikah dengan pasangannya Mohd Munzil Mohamad di Thailand. mengan bernikah di Thailand? Khabarnya, pernikahan Nurul AF2 di Thailand kerana bapa kandungnya enggan menjadi wali untuk perkahwinannya. Walau bagaimanapun, ini soal keluarga Nurul.

tanggal 23 May 2011, Nurul AF2 telah selamat bernikah. tahniah diucapkan buat Nurul dan pasangannya Mohd Munzil. Diharap pernikahan ini membawa kebahagian buat mereka berdua.Majlis resepsi akan diadakan pada 3 Jun ini di De Palma Hotel Ampang. Moga ikatan yang dibina kekal hingga akhir hayat.

Keputusan Undian Maharaja Lawak Minggu 9

Maharaja lawak kian mendapat sambutan. Untuk maharaja lawak minggu 9, kumpulan Balas telah tersingkir dan kini hanya tingga1 5 maharaja lawak untuk meneruskan perjuangan mereka. Persaingan antara kumpulan Jozan dan jambu semakin sengit. Agak-agaknya, siapakah juara antara semua maharaja lawak ini.

Keputusan undian maharaja lawak untuk minggu 9 telah diketahui. Maharaja minggu 10 akan bersiaran di Penang International Sport Arena (PISA). Warga Pulau Pinang, jangan lepaskan untuk mendapatkan pas percuma pada 2 Jun bermula jam 4 petang.

[photo] Ashraf Muslim Dan Tunang Membeli-belah Di Indonesia

Majlis perkahwinan Ashraf Muslim dan tunangnya, Dayana kian hampir. Di kesempatan ini, Ashraf Muslim dan tunangnya bersama ahli keluarga telah ke Indonesia. Khabarnya untuk membeli kain untuk pakaian pengantin. Sampai ke Indonesia mencari kain ye.

Apapun, gambar-gambar ashraf muslim dan tunangnya di Indonesia menampakkan keceriaan yang akan bertambah ceria. Maklum la, pasangan yang memang nampak secocok dan ideal. Credit buat Beautifulnara.com. jom saksikan gambar-gambar Ashraf Muslim dan tunang di Indonesia

[photo] Pertunangan Khairul Fahmi Che Mat, Goalkeeper Malaysia

Tahniah diucapkan buat goalkeeper Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang telah melangsungkan pernikahan bersama gadis pilihannya Elia. Majlis pertunangan yang bertemakan arab menambahkan lagi suasana pertunangan pasangan ini. Moga ikatan yang dibina ini berkekalan.

Gambar-gambar pertunangan khairul fahmi che mat dan elia terpancar sinar kebahagian. Menarik tema arab yang dipilih. Moga pasangan ini cepat-cepat melangsungkan perkahwinan. Jom saksikan gambar pertunangan khairul fahmi che mat dan elia. Kredit to Elia blog, http://jejariruncing.blogspot.com/

[photo] Bukti Percintaan Rozita Che Wan Dan Shahir AF

Benarkah juara AF8, Shahir kini bercinta dengan Rozita Che Wan? Sejak akhir-akhir ini ramai yang mengatakan tentang kisah cinta Rozita Che Wan dan Shahir AF. Rakan baik mereka, Zain Saidin turut menafikan hubungan percintaan mereka berdua. Sebelum ini, Zain Saidin juga pernah digosipkan bercinta dengan Rozota Che Wan.

Khabar angin ini semakin serius apabila salah seorang peminat ternampak Rozita Che Wan dan Shahir AF di LCCT. Kemungkinan besar ke rumah Rozita Che Wan di Kedah. Adakah semuanya benar? Apapun, jom saksikan gambar bukti Rozita Che Wan dan Shahir di LCCT.

[photo] Anak Kembar Sazzy Falak Dan Nazril Idrus

Mesti ramai teringin lihat gambar kecomelan anak kembar Sazzy Falak. Mana tidaknya, ibu dan ayahnya pun dah "good looking" dan semestinya anaknya comel. Sekali lagi diucapkan tahniah buat Sazzy Falak dan Nazril Idrus. Moga kehadiran bayi ini, menyerikan lagi suasana kehidupan sebagai sebuah keluarga.

Khabarnya, anak kembar Sazzy Falak dilahirkan secara pembedahan. Walaupun begitu, semuanya selamat. Anak kembar comel ini diberi nama Iman Lily dan Tiara Rose. Jom tengok gambar kecomelan anak kembar Sazzy Falak dan Nazril Idrus.

[photo] Perkahwinan Janda Datuk K, Tengku Zawyah

Tengku Zawyah, janda kepada Dato K telah selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya.  Tahniah diucapakan atas Perkahwinan Tengku Zawyah dan Datuk Rayyan Joseph King. Dengan sekali lafaz, Tengku Zawyah Tengku Izham kini menjadi isteri kepada Datuk Rayyan joseph King.

Majlis Pernikahan mereka diadakan di Hotel Royale Chulan, kuala Lumpur. Gambar pernikahan sudah ramai saksikan, mari sama0sama kita saksikan gambar persandingan Tengku Zawyah dan Datuk Rayyan Joseph King. Yang pasti ramai tertarik dengan kek perkahwinan Tengku Zawyah dan Datuk Rayyan Joseph King

[photo] Majlis Resepsi Zed Zaidi Dan Natalia

Zed Zaidi dan Natalia telah selamat diijabkabulkan. kali ini ingin berkongsi gambar-gambar Majlis Resepsi Zed Zaidi yang diadakan di Dewan Perdana Felda. Nampak menarik dengan konsep moden traditional. Ramai juga artis yang hadir dan Iqram Dinzly turut menjadi pengapit untuk Zed Zaidi.

Credit gambar untuk Whitesignature Crew. mari saksikan gambar-gambar majlis resepsi Zed Zaidi dan Natalia. Memang menarik dan tertarik.

[photo] Cheryl Samad Sudah Berkahwin Dengan Mualaf

Sah!! Benarlah khbar angin yang mengatakan Cheryl Samad sudah berkahwin. Cheryl Samad telah berkahwin dengan seorang mualaf Ng Ping Ho. Majlis yang diadakan secara sederhana dan cuma dihadiri oleh sanak saudara berlangsung di Holiday Villa. 

Mungkin ada sebab tersendiri Cheryl Samad merahsiakan perkahwinannya. Tidak semua artis inginkan publisiti. Apapun, kami ucapkan Selamat Pengatin Baru buat Cheryl Samad dan pasangannya. Moga kekal bahagia bersama. Credit to Utusan Malaysia

[photo] Shakira Kini Bercinta Dengan Gerrard Pique Barcelona

Baru sahaja cerita tentang percintaan artis dengan salah seorang pemain bola sepak Malaysia. kini gosip antarabangsa pula. Kali ini, percintaraan antara Shakira dan Gerrard Pique pemain untuk pasukan Barcelona. Shakira memperkenalkan "her sunshine" melalui twitter dan telah tweet gambar diatas ini.

Kini, sah lah bahawa Shakira bercinta dengan Gerrard Pique. Khabarnya, sering dilihat mereka bersama semasa di Spain. Manakala, musuh tradisi Barcelona, real madrid memboikot Shakira melalu penulisan dalam majalah Wisel. Jom saksikan gambar-gambar romantis Gerrard Pique dan Shakira 

[photo] Rita Rudaini Selamat Melahirkan Anak Kedua

Walaupun cerita agak lama, teringin mengucapkan tahniah buat Rita Rudaini yang selamat melahirkan cahaya matanya yang kedua. Bayi yang dilahirkan di Pusat Pakar Perubatan Prince Court diberi nama Airit Rafqa Arjuna. Tahniah buat Rita Rudaini dan Aidil Zafuan.

Walaupun perkahwinan Aidli Zafuan dan Rita Rudaini agak bergoncang, dengan kelahiran bayi kedua ini pasti akan merapatkan kembali hubungan mereka. Kami berdoa agar pasangan ini kekal bahagia. Lagipun seronok melihat kebahagian Rita Rudaini dan Aidil Zafuan. Elakkan penceraian bagi golongan artis..

[My Couture] Butik Terbaru Rozita Che Wan

My Couture, butik terbaru dari Rozita Che Wan. Pelakon wanita idaman lelaki Malaya tampil dengan memperkenalkan butik terbarunya dengan pakaian yang sesuai dan sangat menarik. Pasti ramai ingin mencuba butik terbaru Rozita Che Wan. kemungkinan dapat bergaya sepertia Rozita Che Wan.

Butik yang mempunyai ciri-ciri muslimah ini pasti menadi idaman ramai. tambahan pula Rozita Che Wan sendiri menjadi model untuk butik My Couture. Boleh la lawati website My Couture ataupun facebook My Couture. Jom lihat gambar Rozita Che Wan sebagai model butik My Couture.

[photo] Perkahwinan Fazreen Rafi (Spa Q)

Seorang demi seorang artis malaysia menamatkan zamn bujangnya. Mungkin sudah sampai masanya untuk hidup bersama. Fazreen Rafi yang pernah berlakon sebagai Dafi dalam drama Spa Q turut tidak melepaskan niat untuk berumah tangga. Tahniah diucapkan buat Fazreen rafi dan pasangannya.

Sama cantik sama padan, itulah yang dapat digambarkan pada gambar perkahwinan Fazreen Rafi dan isterinya. Mari saksikan gambar perkahwinan Fazreen Rafi dan pasangannya yang tampil dengan imej berlainan.. Credit to cari.com.my

[photo] Percutian Rosyam Nor dan Keluarga Di Luar Negara

Gambar percutian Rosyam Nor dan keluarga telah tersebar. Nampak bahagia bila dapat bercuti bersama keluraga. Maklum la, sejak kurang berlakon ni. banyak juga aktiviti yang dilakukan oleh Rosyam Nor. Baguslah ada kesempatan menghabiskan masa bersama keluarga.

Dengan gambar-gambar "happy family", terserlah kecantikan anak-anak Rosyam Nor. Rosyam Nor juga pernah membawa dua- anak daranya ke satu majlis anugerah. Dan turut menjadi perhatian media. Adakah anak gadisnya akan mengikut jejak dalam industri hiburan? Sama-sama kita tunggu. Credit to izyan.com

[photo] Perkahwinan Zed Zaidi Dan Natalia

Sebelum ini, kecoh tentang kad kahwin zed zaidi yang unik, iaitu bertemakan facebook. Kini, Zed Zaidi telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan Natalia. Majlis Perkahwinan Zed Zaidi yang seputih salji menampakkan lagi keindahan pasangan yang bertemu melalui facebook.

Tahniah diucapkan buat Zed Zaidi dan Natalia yang sudah selamat di ijabkabulkan. Moga perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat. Jom saksikan gambar pernikahan dan perkahwinan Zed Zaidi dan Natalia. Credit to Khalid Afifi, Whitesignature crew.

[photo] Pertunangan Shera Ayoub dan Zahiril Adzim

 Tahniah diatas pertunangan zahiril adzim dan shera ayoub. Khabarnya akan diijabkabulkan pada 17 Novemver 2011 dan majlis resepsi akan diadakan pada 17 disember 2011. Diharap dalam usia pertunangan ini, dalam menempuh segala cabaran dan dugaan dunia artis ini.

Sama cantik sama padan. Tak sabar nak tunggu majlis perkahwinan Zahiril adzim dan shera ayoub. Apapun, tahniah sekali lagi. Jom saksikan gambar pertunangan shera ayoub dan zahiril adzim. Credit to Ohbulan.com dan beautifulnara

Keputusan Undian Maharaja Lawak Minggu 5

Maharaja lawak sudah masuk minggu kelima. Pelbagai telatah lucu dan kontroversi telah dilihat. Juara maharaja lawak masih samar-samar kerana semuanya mempamerkan persembahan yang hebat. keputusan undian maharaja lawak untuk minggu 5 menyaksikan Jozan kembali merampas takhta. Adakah ini sudah cukup?

Teruskan mengundi peserta pilihan anda. yang pasti Amir maharaja lawak masih bertahan hingga kini. Memang hebat. Untuk minggu 5 menyaksikan Jihan, satu-satunya peserta maharaja lawak perempuan yang disingkirkan. Apapu, Jihan juga antara yang terbaik.

Lirik Babak Pertama Dari Drama Band, OST Juvana

Babak pertama bermula saat ku terlihat mu
Waktu seakan terhenti terpinga mencari
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami
Cuba aku mengerti

[video] Usop Wilcha Dengan Lagu Kome Kome


Fenomena Usop Wilcha kembali menghangatkan persada seni tanahair. Selepas filem Hantu kak Limah balik Rumah, nama Usop Wilcha semakin dikenali. Dengan pelbagai trademark yang diperkenalkan serta loghat perak yang membawa sedikit kelucuan.

Kali ini, mari sama-sama kita menampilkan persembahan Usop Wilcha di Maharaja Lawak. Lagu Kome Kome yang dinyanyikan Usop Wilcha memang menarik dan menghiburkan. Tahniah buat Usop Wilcha yang menghangatkan industri perfileman Malaysia dengan cara tersendiri. Kini tampil dengan lagu Kome Kome. mari saksikan lagu Kome Kome dari Usop Wilcha

Undian Terkini Maharaja Lawak Minggu 4

Rancangan Maharaja Lawak semakin hangat diperkatakan. Untuk minggu ke-4, Jambu kembali merampas takhta dengan meninggalkan peserta Maharaja Lawak yang lain. Memang tidak dinafikan, persembahan Jambu saban hari kian mantap. Terutama untuk persembahan maharaja Lawak minggu keempat.

Untuk kali ini, Alex telah tersingkir. Yang menjadi tanda tanya sekarang ni, mengapa Amir masih di Maharaja Lawak? Itulah kuasa peminat, tidak kisah la samada persembahannya baik atau teruk. yang penting sentiasa di hati peminat. Apa lagi, ikuti perkembangan Maharaja Lawak di  sini.

[photo] Pertunangan Ashraf Muslim Dan Dayana

Majlis Pertunangan Ashraf Muslim dan Dayana sudah berlangsung hari ini. Tahniah diucapkan kepada Ashraf Muslim dan Dayana di atas pertunangan mereka. Sama cantik sama padan, itulah yang dapat digambarkan kepada kedua-dua pasangan ini. Mereka tampil dengan berpakaian serba putih ungu. 

Khabarnya, Ashraf Muslim akan akan melangsungkan perkahwinannnya pada 1 Syawal di Mekah iaitu pada tahun ini juga. Ashraf Muslim yang kini sibuk dengan perniagaannya iaitu di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah manakal Dayana masih lagi praktikal di sebuah hospital di Melaka. Jom saksikan gambar pertunangan Ashraf Muslim dan Dayana

[photo] Konsert Justin Bieber My World Tour Malaysia

Konsert Justin Bieber My World Tour di Malaysia sudah sampai penghujungnya. Tiket yang dijual habis walaupun harga tiket ada yang mencecah ribuan ringgit. Tidak lupa juga, YDMM Seri Paduka Baginda Raja permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan anaknya turut hadir semasa konsert itu. Memang meriah stadium Putra yang dibanjiri peminat Justin Bieber.

Pembukaan konsert oleh Miss Nina, tunang kepada Noh Hujan. Bieber menyanyikan 12 lagu yang pastinya lagu Never Say Never dan baby lebih mendapat sambutan hangat. Kini, tamatlah sudah jelajah Justin bieber di Malaysia dan akan meneruskan konsertnya di Jakarta, Indonesia. Jom saksikan gambar konsert Justin Bieber. Credit to tupai.com.my

[photo] Aksi Rock Comel Mia Sara Nasuha

Mia Sara Nasuha semakin dikenali ramai. Walaupun masik kecil, lakonannnya yang comel banyak menambat hati rakyat Malaysia. Sejak drama Adamaya, nama Mia Sara Nasuha kian popular dan semakin banyak menerima tawaran berlakon.

Dengan itu, kami berharap Mia Sara tidak melupakan hal pendidikan juga. Walaupun minatnya ke arah bidang lakonan tapi pelajaran penting untuk menjamin masa akan datang. Mari kita lihat antara gambar-gambar comel Mia Sara Nasuha yang dirakam oleh Budiey. Credit to www.budiey.com

[photo] Hero Senjakala Akan Bertunang Dengan Shera Aiyob

Filem senjakala arahan Ahmad Idham telah ditayangkan. Sudahkan menonotonnya? Pasti ramai kenal hero filem Senjakala yang agak psyco dalam filem tu. Itulah Zahiril Adzim. Khabarnya, Zahiril Adzim akan bertunang dengan penagcara rancangan Wanita Hari Ini, Shera Aiyob.

Pertunangan Shera Aiyob dan Zahiril Adzim akan berlangsung pada 1 May 2011. Diharap perhubungan mereka teguh sehingga level seterusnya. Ada yang masih tidak mengenali kedua-dua selebriti ini? jom tengok gambar Zahiril adzim dan Shera aiyob. Credit to Ohbulan

[photo] Kad kahwin Zed Zaidi Bertemakan Facebook

Seorang lagi artis malaysia yang akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. 29 April ini, Zed Zaidi akan dinikahkan bersama Natalia di Restoran Felda Villa. Manakala Majlis resepsi Zed Zaidi dan Natalia akan diadakan di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur pada 7 Mei ini.

Perkenalan mereka bermula di Facebook menjadikan tema kad perkahwinan mereka. nampak unik sekali kad kahwin Zed Zaidi dan Natalia. apapun, kami mendoakan agar Zed Zaidi dan natalia berbahagia hingga akhir hayat. Tahniah buat Zed Zaidi dan Natalia.

[photo] Sambutan Hari Jadi Zizan di Red Box

Selamat hari jadi Zizan.Sambutan hari jadi Zizan yang disambut meriah di red box The Garden Ramai juga peminat dan rakan artis yang hadir. Pakaian berkonsepkan merah hitam memang menampakkan lagi kemeriahan sambutan hari jadi Zizan. Ditambah pula dengan kek kasut yang sedap dipandang juga dirasa.

Credit to madammondoq atas gambar-gambar sambutan hari jadi Zizan. Untungnya dapat pergi ke sana. Bukan senang nak dapat undangan untuk sambutan hari jadi artis. Apa pun, selamat hari jadi Zizan. Jom layan gambar sambutan hari jadi Zizan di red box the garden

[photo] Motorsikal Siti Nurhaliza Plat KCT1

Siti Nurhaliza pun meminati motor berkuasa tinggi. Baru-baru ini Datuk K dan Siti Nurhaliza memenangi bidaan bernilai RM65 550 untuk plat KCT1. Sanggup berhabisan duit demi 4 angka ini. Itulah lumrah orang kaya. tak sangka pula Siti Nurhaliza turut meminati dunia superbike

Superbike Siti Nurhaliza memang gempak ditambah pula dengan plat KCT1 itu. Lepas ni, pasti boleh join konvoi mana-mana. Apa pun, kami berharap Datuk Siti Nurhaliza berhati-hati di jalan raya. kredit gambar www.artis.my. jom tengok gambar motor Datuk Siti Nurhaliza

[photo] Kemesraan Dayang Nurfaizah Dan Marcell Dalam Pelukan

Dayang Nurfaizah antara artis wanita yang berbakat. Sentiasa saja mendapat undangan di mana-mana event yang diadakan. Gambar lama dayang nurfaizah dan marcell berpelukan kini tersebar luas. Kemesraan dayang nurfaizah mungkin disalah ertikan. Apa pula pandangan peminat dayang nurfaizah dan marcell.

Semasa dayang nurfaizah dan marcell mengadakan show di Hard Rock Cafe, gambar marcell memeluk dayang nurfaizah telah dirakam. Mungkin adegan seperti ini boleh dielakkan pada masa akan datang demi mengurangkan gosip2 negatif. jom saksikan antara gambar kemesraan dayang nurfaizah dan marcell.

[photo] Rozita Che Wan Sebagai Duta Safi Rania Gold

Makin murah rezeki Rozita Che Wan sejak dikatakan artis wanita paling menarik di Malaysia. Kini Rozita Che Wan dilantik menjadi duta untuk Safi Rania Gold. Memang berbaloi dijadikan duta, dengan keanggunan Rozita Che Wan yang tidak dimakan usia.

Tahniah buat Rozita Che Wan kerana dilantik menjadi duta untuk Safi Rania Gold. Jom kita saksikan antara gambar-gambar Rozita Che Wan beraksi sebagai duta Safi Rania Gold

[photo] Majlis Pernikahan & Resepsi Irwansyah dan Zaskia Sungkar

Irwansyah dan Zaskia memang sudah selamat dinikahkan. Pasti ramai ingin melihat gambar pernikahan dan majlis resepsi irwansyah dan Zaskia Sungkar. kedua-dua pasangan tampil bergaya dengan pakaian yang dikenakan. Sama cantik sama padan. Credit to KapanLagi

Untuk Majlis Pernikahan Irwansyah dan Zaskia Sungkar, mereka mengenakan pakaian serba putih dan silver. Manakala untuk Majlis Resepsi Irwansyah dan Zaskia mengenakan pakaian berwarna pink dan kelabu. Gambar resepsi irwansyah memang mengagumkan.. Jom lihat gambar-gambar pernikahan dan majlis resepsi Irwansyah dan Zaskia Sungkar

[photo] Liyana Jasmay Menunaikan Umrah Bersama Keluarga

Comel dan manis!! Itu lah yang dapat digambarkan bila lihat gambar Liyana Jasmay bertudung. Baru-baru ini, liyana jasmay telah menunaikan umrah bersama keluarganya. Alhamdulillah, berkesempatan juga dia menunaikan umrah walaupun sibuk bergelar pelajar dan artis.

Gembira bila dapat lihat gambar Liyana Jasmay menunaikan umrah bersama keluarga. Sejuk mata memandang, sejuk lagi ibu mengandungkannya. Andai kata terbuka hati Liyana Jasmay bertudung, kami disini sentiasa menyokong 100%. Mari saksikan gambar liyana jasmay menunaikan umrah bersama keluarga

[photo] Laika Pelajar AF9 Pertama Tersingkir

Konsert pertama Akademi Fantasia 9 menyaksikan penyingkiran peljar perempuan. Laika, pelajar akademi fantasia 9 yang pertama tersingkir. Walaupun mendapat kritikan yang baik dari juri tetap dan juri undangan, namun nasib tidak menyebelahi Laika.

Hanya dengan mempertaruhkan lagu Ku Bahagia dari melly Goeslow, laika tidak dapat mengekalkan kedudukan nya sebagai pelajar AF 9. Apapun, tahniah buat pelajar AF9 yang masih bertahan. Jom saksikan gambar persembahan Laika di Konsert Akademi fantasia 9 minggu pertama. Credit to astro Akademi fantasia

Undian Terkini Maharaja Lawak

Maharaja Lawak semakin menggegarkan persada seni tanah air. Boleh dikatakan maharaja Lawak adalah program realiti yang terbaik setakat ini. Setiap minggu, pasti ramai tidak kering gusi menyaksikan maharja Lawak yang disiarkan di astro warna dan prima.

Setakat ini, undian maharaja lawak berpihak kepada Jozan dengan 40%. Jauh meninggalkan peserta maharaja lawak yang lain. Memang tidak dinafikan, pengaruh Jozan memang kuat kalau hendak dibandingkan dengan peserta lain. Apapun, marilah sama-sama menghangatkan Maharaja Lawak di astro.

[photo] Red Carpet Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 telah diketahui umum. Shaheizy Sam telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular untuk tahun ini. tahniah di ucapkan. Jika mjlis besar-besar begini, pasti ramai artis yang bergaya di red carpet.

Gambar red carpet anugerah bintang popular berita harian 2011 kali ini memang menakjubkan. Credit to www.budiey.com. Pelabgai artis tampil menawan seperti Mia Sara Nasuha, Fasha Sandha, Irma Hasmie, Ning biazura dan ramai lagi. Jom lihat gambar fesyen red carpet Anugerah Bintang Paling Popular 2011

[news] Keputusan Terkini Anugerah Bintang Popular ( ABPBH 2010)


Artis Duo/Berkumpulan Popular: 6ixth Sense

Pelakon TV Wanita Popular: Fasha Sandha

Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail

[news] Amy Search Pengetua Akademi Fantasia 9

Amy Search adalah pengetua Akademi Fantasia 9. Itulah yang diumumkan untuk konsert tirai Akademi Fantasia 9. Desas desus sebelum ini mengatakan samada Amy Search ataupun Ahmad Dhani yang menjadi pengetua AF 9 kali ini. Credit to budiey.com

Untuk konsert tirai akademi fantasia 9, segala persoalan telah terjawab. Jadi, kita lihat apakah kehebatan untuk akademi fantasia 9. Dapatkan mengembalikan kegemilangannya dahulu ataupun terus pupus ditelan zaman. Nampaknya, baru sahaja akademi fantasia 9 hendak bertapak. Sudah ada timbul gosip-gosip negatif.