macam macam ada

[news] Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-25


Festival Filem Malaysia Ke-25 telah sampai kemuncaknya. Filem Bunohan telah dinobatkan sebagai filem terbaik untuk FFM kali ini. Tahniah buat dain Said atas kemenangan dari filem Bunohan. Ini ada senarai pemenang  FFM Ke-25

Filem Terbaik: Bunohan (Dain Said)
Filem Bukan Melayu Terbaik: Petaling Street Warriors (Juita Entertainment Sdn Bhd)
Pengarah Filem Terbaik: Bunohan (Dain Said)
Cerita Asal Terbaik: Bunohan (Dain Said)
Lakon Layar Terbaik: Bunohan (Dain Said)
Sinematografi Terbaik: Songlap (Haris Hue Abdullah)
Penyunting Terbaik: Songlap (Wong Hui Lynn)
Filem Box Office: Ombak Rindu
Pelakon Lelaki Terbaik: Bunohan (Faizal Hussein)
Pelakon Wanita Terbaik: Ombak Rindu (Maya Karin)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Songlap (Syafie Naswip)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Songlap (Normah Damanhuri)
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik: 29 Februari (Izzue Islam)
Pelakon Harapan Wanita Terbaik: 29 Februari (Jojo Goh)
Anugerah Khas Sepanjang Hayat Wanita: Mariani Ismail
Anugerah Khas Sepanjang Hayat Lelaki: Datuk Aziz Satar
Anugerah Khas Juri Penggiat TV Lelaki: Manomaniam
Anugerah Khas Juri Penggiat TV Wanita: Lai Meng
Anugerah Khas Pembela Seni dan Budaya Malaysia: Datuk Seri Utama Rais Yatim

[photo] Pertunangan Fizz Fairuz Tapi Bukan Dengan Almy Nadia

Nama Fizz Fairuz menjadi bualan ramai ekoran pertunangannya. Majlis pertunangan Fizz Fairuz berjalan lancar, cuma yang menjadi persoalannya. Bukan Almy Nadia yang menjadi tunangan Fizz Fairuz. Sebelum ini , semua dah tahu perhubungan Fizz Fairuz dan Almy Nadia. Kredit to rotikaya

Pertunangan Fizz Fairuz dan Azlyn Massiela telah berlangsung pada 10 Februari lepas di Kuantan, Pahang. Apapun, diharap perhubungan ini dapat diteruskan ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke anak cucu. Adakah stylo majlis pertunangan ini yang Fizz Fairuz tampil dengan imej kasual dan bertopi mafia. Jom tengok gambar lain pertunangan Fizz Fairuz

[photo] Percutian Rozita Che Wan Dan Zain Saidin DI Universal Studios Singapore

Kisah percintaan Rozita Che Wan dan Zain Saidin semakin menjadi tumpuan. Tambahan pula gambar Rozita dan Zain bercuti bersama keluarga di Universal Studio Singapore. Selepas isu hangat tentang perkahwinan Rozita Che Wan, kini isu percutian bersama dengan Zain Saidin pula. Kredit to rotikaya

Kalau sudah jodoh, berkahwin sajalah Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Demimengelak lebih banyak fitnah dan gosip. Anak Rozita Che Wan turut sama mengikut ke USS bersama dengan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Adakah nasi minyak Rozita Che Wan sudah dapat dihidu?

[photo] Sambutan Hari Lahir Neelofa Ke-24

Selamat hari lahir Neelofa yang ke 24. Tengok pada kek hari lahir Neelofa pun dah tahu betapa meriahnya sambutan hari lahir Neelofa yang ke 24. Adakah gincu dan beg tangan itu boleh dimakan? Anyway, selamat hari lahir diucapkan sekali lagi buat Neelofa.

Moga diusia 24 tahun ini dapat meningkatkan lagi prestasi Neelofa dalam industri hiburan tanah air. Ada lagi gambar sambutan hari lahir Neelofa ini. Kredit to We Love Neelofa