macam macam ada: October 2013

[photo] Persandingan Ashraf Muslim Dan Isteri Keduanya

Sebelum ini kecoh tentang perkahwinan kedua Ashraf Muslim. Saban hari, gosip-gosip liar semakin kurang ekoran perhubungan Ashraf Muslim dengan isteri pertamanya semakin baik. Walaupun ramai yang tidak gemar Ashraf Muslim membuat tidakan berkahwin kali kedua secara tersembunyi

Apapun, diharap Ashraf Muslim dapat menjalankan tanggungjawab yang adil apabila berpoligami. Dalam kesibukkan begini, majlis persandingan Ashraf muslim turut diadakan di saat isteri keduanya sedang mengandung. Kredit gambar persandingan Ashraf Muslim dan isteri keduanya kepada ColourPictures

[photo] Majlis Pernikahan Diana Amir Dan Habib

Akhirnya, setelah memperkenalkan jejaka idamanya, Diana Amir telah melangsungkan pernikahan dengan Mohd Habib Bullah A.Rahman. Majlis yang bertemakan crystal garden yang mendapat banyak tajaan memeriahkan lagi majlis pernikahan Diana Amir dan Habib. hantaran yang diterima adalah mas kahwin RM1000, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin.

Majlis resepsi Diana Amir dan Habib masih belum ditetapkan atas kesibukkan kedua-dua pihak. Diharap, pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat. Kredit gambar pernikahan Diana Amir dan Habib, Samsultahir Photography atas gambar yang mempesonakan ini

[photo] Diana Amir Memperkenalkan Bakal Suami Dan Tarikh Bernikah

Tahniah buat Diana Amir yang bakal menamatkan zaman bujang nya pada 25 Oktober ini. Akhirnya bakal suami Diana Amir juga diperkenalkan iaitu Mohd Habib Bullah A. Rahman. Moga majlis pernikahan nanti berlangsung dengan sempurna dan moga ikatan perhunungan Diana Amir dan Mohd habib Bullah kekal hingga akhir hayat.

Sejak berhijrah, rezeki Diana Amir semakin mencurah-curah. Tambahan pula, majlis perkahwinan Diana Amir ditaja oleh Yakult (M) Sdn Bhd.Tahniah sekali lagi diucapkan. Kredit gambar Diana Amir dan bakal suaminya Mohd Habib Bullah kepada Samsultahir Photographer

[photo] Baby Shower Yasmin Hani dan Shaarin

Sejak kebelakangan ni ramai pula artis yang mengadakan baby shower. Walaupun ini bukan amalan turun temurun kita tapi tetap juga diamalkan. Apapun, jangan dilupa amalkan aqiqah pula. Apapun diucapkan moga Yasmin Hani selamat melahirkan waris pertamanya.

Tema ungu dan putih menyerikan lagi majlis baby shower Yasmin Hani dan Shaarin. Turut hadir juga rakan-rakan artis yang ingin berkongsi kegembiraan dengan Yasmin Hani. Sekali lagi, moga selamat melahirkan bayi yang comel. Ini beberapa gambar yang dikongsi dari Instagram Yasmin Hani

[photo] Majlis Baby Shower Marion Counter Dan SM Nasaruddin

Tahniah buat Marion Counter dan SM Nasaruddin yang bakal menimang cahaya mata keduanya. Agaknya, bila kehadiran baby kedua itu. Sama-sama kita nantikan. Tapi perlukah diadakan Baby Shower itu? Mungkin sudah menjadi trend artis mengadakan baby shower.

Apapun, tahniah diucapkan buat Marion Counter dan SM Nasaruddin yang bakal menerima kehadiran orang baru. Tema baby shower ini pun agak menarik. Dengan tema harimau bintang dan pink. Tambah berseri dengan lagi wajah ibu mengandung ni.

[photo] Majlis Merisik Rozita Che Wan

Teruja sekejap dengan penampilan Rozita Che Wan. Ramai sudah tahu yang Rozita Che Wan ataupu ratu bulu mata kini bakal dicuri hatinya oleh Zain Saidin. Maka, majlis merisik Rozita Che Wan telah diadakan di Carcosa Sri Negara. 

Ini baru majlis merisik Rozita Che Wan, agaknya bagaimana la agaknya majlis persandingan Rozita Che Wan nanti. Pasti meriah dan pakaiannya makin meletup-letup. Jom tengok gambar majlis merisik Rozita Che Wan dari Annas Easkay