macam macam ada: June 2011

[photo] Keluarga Aaron Aziz di Oreo Daddy Dunk

Selamat Hari Bapa buat semua bapa-bapa di Malaysia. Baru-baru ini, satu event sempena hari bapa telah berlangsung di One Utama. Event Oreo Daddy Dunk yang dihadiri hero yang semakin mengukuhkan industri hiburan Malaysia iaitu Aaron Aziz. 

Sebut sahaja Aaron Aziz, pasti ramai tebayang lakonannya yang sentiasa terpapar di televisyen mahupun panggung wayang. Jom saksikan gambar keluarga Aaron Aziz di Oreo Daddy Dunk. Credit kepada http://madammondoq.com 

[photo] Percutian Bulan Madu Salih Yaakob Dan Isteri-isterinya

 Setelah selamat melangsungkan pernikahan dengan isteri keempatnya, salih Yaakob telah membawa isterinya berbulan madu di China. Bukan hanya isteri mudanya sahaja tapi turut dibawa isterinya yang lain serta anaka-anak. Tampak wajah keriangan keluarga Salih Yaakob ini.

Credit to beautifulnara.com atas gambar percutian Salih Yaakob dan isteri-isterinya. Nampaknya, makin bahagia lah keluarga Salih Yaakob ini. Jika da yang ingin berpoligami, bolehlah berjumpa dengan Salih Yaakob. Jom saksikan gambar bukan madu Salih Yaakob di China

[photo] Anak Kembar Sazzy Falak Dalam Inspirasi

Gambar terbaru anak Sazzy Falak dan Nazril di segmen Ispirasi berita harian. Comel sekali wajah anak kembar Sazzy Falak ni. Ini berkat dari gabungan ibu yang cantik dan ayah yang hensem. Suka pula tengok anak kembar Sazzy Falak dan Nazril ni.

Moga dengan anak kembar ini, ikatan perhubungan antara Nazril dan Sazzy Falak lebih erat lagi. Maklum la, zaman sekarang ni, banyak sangat artis Malaysia yang suka bercerai. Apapun, tahniah atas kelahiran anak kembar itu

[photo] Perkahwinan Ahmad Fedtri Yahya Pengacara MHI TV3

Entry yang agak lama diperamkan. Gambar perkahwinan Ahmad Fedtri Yahya, Pengacara MHI yang nampak unik. Lihatlah pada pakaian mereka, yang mengenakan pakaian arab version berwarna hijau pucuk pisang. Tampak lebih berseri dan menarik.

Jom saksikan gambar perkahwinan Ahmad Fedtri Yahya dan pasangan hidupnya yang terserlah keayuan. memang secocok. Pihak kami mendoakan kebahagiaan mereka.