macam macam ada: March 2011

[photo] Bukti Gosip Siti Nurhaliza Mengandung

Kecoh satu Malaysia bila Siti Nurhaliza dikhabarkan mengandung. Agaknya, ramai peminat menanti kehadiran cahaya mata Siti Nurhaliza dan Datuk K. Melalui twitter Siti nurhaliza, jelas menyatakan yang dia tidak mengandung. nampaknya kena diet la dato Siti Nurhaliza lepas ni. 

Memang menjadi perhatian artis no.1 malaysia ni. Ini antara bukti yang menunjukkan gosip Siti Nurhaliza mengandung. 

[photo] Peserta Maharaja Lawak Astro Warna

Program baru dari AstroWarna, Maharaja Lawak. Pasti ramai tidak ketinggalan untuk menyaksikan Maharaja Lawak yang akan ditayangkan di Astro Prima (2 episode) dan Astro Warna. Program yang menampilkan raja-raja lawak terbaik dalam satu program.

Antara peserta maharaja lawak adalah, Alex, Amir, Kumpulan Balas, Jambu, Jihan, Jozan, Man, Nabil Kumpulan R2, Kumpulan Sepah, Wai dan XN3. Gambar-gambar peserta maharaja lawak yang akan bermula 1 April ini. Hadiah-hadiah menarik untuk Maharaja Lawak

[photo] Ruhil Amani Melahirkan Anak Kedua

Tahniah buat Ruhil Amani kerana telah selamat melahirkan bayi keduanya. Bayi yang dilahirkan di Hospital Pakar Damansara diberi nama Raayan Alexander Wilson. Terasa glamour la pula nama tu.Apapun, tahniah buat Ruhil Amani dan suami Jamil Wilson.

Pasangan ini berkahwin pada 2003. Anak sulung mereka Ruhil Ariana Wilson kini berumur 7 tahun. Duharap hubungan mereka bertambah erat dengan kehadiran ahli baru dalam rumah. Jom saksikan gambar comel kedua-dua anak Ruhil Amani. Credit to mstar online.

[photo] Pengambaran Filem Cun (Romantik Komedi)

Pada 31 March 2011, Filem Cun akan ditayangkan di pawagam tanah air. Jangan lepaskan peluang menyaksikan filem komedi romantik lakonan Remy Ishak dan Maya Karin. Filem yang pasti akan menambatkan hati penonton. Dalam filem Cun, Remy Ishak dan Maya Karin turun menyanyikan lagu tema Cun.

Jom kita lihat antara gambar-gambar semasa pengambaran filem Cun.  Yntuk lebih banyak gambar boleh lawati TUPAI. Kredit to www.tupai.com.my

[news] Zul Huzaimy dan Isteri Bercerai Talak Dua

Berita penceraian artis lagi. Kali ini, giliran Zul Huzaimy pula bercerai. Zul huzaimy dan isterinya bercerai talak dua selepas beberapa konflik pada tahun 2009. Walaupun mereka berpisah, di harap tanggungjawab terhadap anak mereka Awal Haziq terus di kekalkan.

Siapa mahu hubungan rumah tangga yang dibina hancur. Kami berharap selepas ini tidak ada gosip-gosip negatif tentang artis yang bercerai. janganlah jadikan industri hiburan Malaysia popular kerana kes penceraian seperti di Hollywood.

[photo] Pelajar dan Pengajar Akademi Fantasi 9

Akademi fantasia kembali menggegarkan industri hiburan di Malaysia. Kini, senarai pelajar akademi fantasia 9 telah pun di umumkan. Terdapat 12 orang pelajar iaitu 6 lelaki dan 6 perempuan. Pelajar lelaki terdiri daripada Afif AF9, Amir AF9, Azri AF9, Erul AF9, Kay AF9 dan Raqib AF9.

Manakala pelajar perempuan adalah Aida AF9, Eka AF9, Laika AF9, Lena AF9, Miza AF9 dan Nera AF9. Pengetua masih menjadi tanda tanya dan tenaga pengajar AF9 adalah Adlin Aman Ramli, Aris, Shafi, Fatimah Abu Bakar, dan Ning Baizura. Pengacara AF9 adalah Aznil Haji Nawawi. Saksikan gambar-gambar pelajar dang pengajar Akademi fantasia 9

[photo] Perkahwinan Pasha Ungu dan Adelia

Tahniah buat Pasha Ungu dan pasangannya Adelia yang telah selamat diijabkabulkan. Gambar perkahwinan Pasha terjelas keceriaannya dengan kehadiran tetamu lebih kurang 5000 orang. Credit buat www.kapanlagi.com. banyak lagi gambar perkahwinan Pasha Ungu di kapanlagi.com.

Kini termetrai sudah ikatan kedua-dua pasangan ini. Diharap kedua-duanya sudah bersedia untuk kekal bersama dan hidup dengan bahagia. tahniah sekali lagi pihak kami ucapkan. moga perkahwinan ini kekal hingga akhir hayat. mari saksikan lagi gambar perkahwinan Pasha Ungu dan Adelia

[photo] Persandingan Kris Dayanti dan Raul Lemos

Majlis Persandingan Kris Dayanti telah pun berlangsung di Hotel Mulia, Senayan. Majlis yang serba meriah itu dihadiri lebih kurangg 1500 tetamu. Canrik sekali pakaian pengan tin perempuan. Khabarnya telah direka khas ole Vera Wang, pereka pengantin terkenal. kredit gambar twitter dean nusthafa

 Bekas suami kris dayanti, Anang Hermansyah turut hadil semasa persandingan Kris Dayanti dan Raul Lemos. Anang turut mendedangkan lagu di majlis itu. Dato Siti Nurhaliza turut hadir bersama suaminya. Dato Siti Nurhaliza menyampaikan dua buah lagu untuk pengantin. Lagi gambar sekitar persandingan Kris Dayanti dan Raul lemos

[photo] Kemesraan Abby Abadi dan Zul

Gambar kemesraan antara Abby Abadi dan Zul kini tersebar. Adakah Abby Abadi dan Zul bakal mengakhiri zaman bujang mereka? Tidak manis sekiranya terus bergambar begini. Sedangkan bekas suaminya yang sudah mengikat tali pertunangan dengan Memey Suhaiza. Khabarnya, Norman Hakim dan Memey Suhaiza bakal berkahwin tidak lama lagi.

Gambar sambutan hari jadi zul yang menunjukkan kemesraan kedua-dua jelas menunjukkan keakraban hubungan mereka. Diharap Abby Abadi dan Zul dapat mempercepatkan urusan perkahwinan bagi mengelakkan sebarang fitnah. Kredit gambar www.izyan.com

[photo] Malam Gala Rafflesia 2011

Sempena Anugerah Bintang Popular 2010 yang akan diadakan tidak lama lagi, pra fesyen sambutan Malam Gala Rafflesia telah diadakan. Ramai artis tampil dengan rekaan baju ciptaan designer pilihan masing-masing. Antaranya, Irma Hasmie, Rozita Che Wan, Intan Ladyana, Nasha Aziz dan ramai lagi.

Credit gambar utuk CuteCarry. Khabarnya Jimmy Choo turut hadir pada malam itu dam Miss Universe Malaysia 2011, Deborah Henry menerima sepasang kasut rekaan Jimmy Choo. Jom saksikan gambar-gambar selebriti di Malam Gala Rafflesia 2011.

[photo] Sambutan Hari Jadi Lisa Surihani

Selamat Hari Jadi buat Lisa Surihani. Pada 23 March lepas, Metrowealth telah mengadakan surprise birthday party untuk Lisa Surihani. Sambutan hari jadi Lisa Surihani memang meriah dengan kehadiran bebrapa artis seperti Sazzy Falak, Mia Sara, Faizal Ismail Hot FM, dan ramai lagi.

Gambar-gambar sambutan hari jadi Lisa Surihani menampakkan betapa meriahnya pada hari itu. Pihak kami mengucapkan Selamat Ulangtahun yang Ke 25 kepada Lisa Surihani. Moga dimurahkan rezeki dan sentiasa jauhi dari kontroversi negatif, mari saksikan gambar-gambar sambutan hari jadi Lisa Surihani.

[photo] Manisnya Bila Siti Nurhaliza Bertudung Begini

Rancangan Adik Adikku untuk musim kedua sudah sampai ke penghujungnya. Tahniah buat pemenang rancangan Adik Adikku musim kedua. Rancangan yang medapat sambutan hangat di RTM merupakan rancangan realiti kanak-kanak yang bukan bercorak hiburan. Tetapi banyak faedahnya dari rancangan realiti lain.

Semasa Final Adik Adikku, dato Siti Nurhaliza tampil membuat persembahan. Manis sungguh dato Siti Nurhaliza bila bertudung begini. Adakah disebabkan rancangan ini bercorak keagamaan, barulah tudung dipakai sempurna? Kami berharap dato Siti Nurhaliza dapat mengekalkan imejnya seperti ini. Mari lihat gambar Siti Nurhaliza bertudung litup

[photo] Pertunangan Danny X-Factor dan Leen

Tahniah diucapkan untuk Danny x-factor kerana telah melangsungkan pertunangannya dengan leen seorang pramugari. Akhirnya, tinggal untuk melangsungkan perkahwinan sahaja. cantik gambar pertunangan Danny x-factor dan Leen.

Kami berharap pasangan ini dapat meneruskan perhubungan ke jinjang pelamin dan hingga akhir hayat. Sama cantik sama padan. Itu yang dapa digambarkan melalui gambar pertuangn Danny x-factor. Mari saksikan gambar pertunangan danny x-factor dan leen seorang pramugari.

[photo] Perkahwinan Kris Dayanti dan Raul Lemos

Akhirnya, Kris Dayanti dan Raul Lamos selamat dinikahkan di Masjid Nurul Iman, Jakarta. Cantik gambar perkahwinan ataupun pernikahan Kris Dayanti dan Raul Lemos. Penyanyi terkenal dari Indonesia itu sebelum ini penah berkahwin dengan  Anang Hermansyah iaitu seorang penyanyi dan komposer di Indonesia. Credit to kapanlagi.com

Walaupun perkahwinan pertamanya tidak bertahan lama, diharap perkahwinan Kris Dayanti dan Raul Lemos aka kekal hingga akhir hayat. Moga segalanya menjadi yang terbaik bila bergelar suami isteri. Tahniah diucapkan atas perkahwinan Kris Dayanti dan Raul Lemos. Jom tengok gambar kahwin Kris Dayanti

[news] Man Juara Raja Lawak 5

Juara Raja LAwak Musim Ke-5 telah diketahui. Man telah dinobatkan sebagai Juara Raja Lawak 5 dan memenangi wang tunai berjumlah RM 100 ribu ringgit. Tahniah diucapkan. Manakala R2 mendapat tempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh kumpulan Balas. 

Apapun persembahan mantap pasti menjadi pilihan ramai. Diharap kemenangan ini dapat memeriahkan lagi industri komedi tanahair. Sekali lagi, pihak kami mengucapkan tahniah buat Man kerna berjaya menjuarai Raja Lawak Musim 5 ini.

Lirik Hingga Akhir Nafasku, OST Asmara 2


Berikanlah aku
Sesuatu yang meyakinkan
Sesuatu yang takkan hilang
Yang terbaik untuk diriku
Tuk hidupku

[photo] Sazzy Falak Mengandungkan Anak Kembar

Sazzy Falak nampak lebih hot bila mengandung ni. Tambahan pula, kandungannya sudah masuk 8 bulan. Sempena menunggu kelahiran bayi kembarnya, Sazzy Falak dan suami mengadakan "Baby Shower" dan menjemput beberapa kenalan. Ada juga artis yang hadir.

Kami berharap, Sazzy Falak selamat melahirkan bayi kembarnya. Jom saksikan gambar-gambar baby shower Sazzy Falak. 

[photo] Irma Hasmie Sudah Bertudung

Alhamdulillah, kini Irma Hasmie sudah bertudung. Selepas menunaikan umrah bersama keluarganya, Irma berhajat ingin bertudung. Terserlah kemanisan Irma bila bertudung ni. Diharap Irma terus menrus dengan tudungnya tanpa menjadikan sebagai fesyen semata-mata.

Maklum la, sesetengah orang sekarang hanya berfesyen bukan niatnya untuk bertudung. Pihak kami rasa gembira dengan penampilan terbaru Irma Hasmie.

[photo] Rebecca Nur Islam, Suami dan Anaknya

Setelah diijabkabulkan dengan Azam Sulaiman, Rebecca Nur Islam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Gambar-gambar kemesraan Rebecca Nur islam dan anak-anak tirinya terukir melalui beberapa gambar family ini. Diharap, pasangan ini akan kekal dan hidup bahagi. Saksikan lah gambar-gambar keluarga baru Rebecca Nur Islam

[photo] Lisa Surihani Zaman Kanak-Kanak

 Lisa Surihani terkenal dengan kecomelannya. Bagaimana agaknya rupanya semasa kanaka-kanak? Mesti lagi comel. Lihat gambar diatas pun boleh nampak cara Lisa Surihani sekarang. Gelak tawa dan senyuman nya sama sahaja. Jom tengok gambar-gambar lain lisa surihani semasa zaman kanak-kanak. Credit to www.mygosip.com

[photo] Senarai Peserta Mentor Musim Ke 5

Senarai peserta Mentor Musim ke 5 telah diumumkan. Segala persiapan akan dilakukan bersama mentor masing-masing. Antara peserta mentor musim 5 adalah Salma, Ayish, Ratna, Shiha, Aiman dan Iqa. Kesemua mereka telah dipilih oleh mentor masing-masing mengikut kriteria yang ditetapkan.

Mari saksikan gambar mentor bersama peserta Mentor 5 yang baru diumumkan. Mentor 5 ali ini mengekalkan Ally Iskandar sebagai pengacara dan Nas Ahmad sebagai pengacara di sebalik tabir. Adakah Mentor 5 akan mendapat sambutan hangat? Sama-sama kita tunggu.