macam macam ada: January 2013

[photo] Pra Perkahwinan Liyana Jasmay Dan Fathuddin

Gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin kini mula tersebar meluas di alam maya. Pasangan yang akan bernikah pada 2 Februari ini pasti sudah bersedia menempuh alam rumah tangga. Tahniah diucapkan kepada Liyana Jasmay dan Fathudin

Semoga ikatan yang terbina akan kekal hingga akhir hayat. Gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay diambil di Hyatt Regency Kuantan oleh CandidSyndrome. Kredit untuk CandidSyndrome yang sudi berkongsi gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin.

[photo] Majlis Resepsi Khairul Fahmi di Royale Bintang

Akhirnya majlis perkahwinan Kahirul Fahmi dan Liuniey Natasha sudah sampai kemuncaknya. Majlis perkahwinan mereka mengalahkan artis-artis Malaysia. Inilah pertama kali perkahwinan ahli sukan yang mendapat liputan meluas. Pasangan Khairul Fahmida Liuniey tetap cantik

Majlis resepsi yang berlangsung di Hotel Royale Bintang turut di ahdiri penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza. Berseri-seri Siti Nurhaliza dengan imiej terbaru. Kredit gambar untuk MIG Online

[photo] Wajah Baru Siti Nurhaliza Sempena Hari Lahirnya

Alhamdulillah! Kini Siti Nurhaliza tampil dengan imej bertudung penuh sempena hari lahirnya yang ke-34. Benarkah Siti Nurhaliza sudah 34? tapi still nampak seperti 20-an lagi. Semakin ayu wajah Siti Nurhaliza bila bertudung penuh ni.

Walaupun banyak komen-komen negatif sebelum ini, harap memberi peluang ada Siti Nurhaliza untuk membuat perubahan. Apapun, agak tidak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Jadi Siti Nurhaliza. Semoga terus berjaya dan bahagia bersama Datuk K. Jom tengok lagi gambar-gambar ayu Siti Nurhaliza bertudung

[photo] Kad Perkahwinan Liyana Jasmay Mula Diedarkan

Tahniah buat bakal pengantin, Liyana Jasmay dan Fathudin. Yang khabarnya akan melangsungkan pernikahan pada 2 Februari ini. Kad perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathudin telah mula diedarkan. Khabarnya lebih kurang 100 pihak media dijemput.

Kad perkahwinan Liyana Jasmay yang serba hitam putih itu nampak simple tapi mempunyai seribu pengertian. Apapun, di harap Liyana Jasmay bahagia bersama pasangannya dalam menempuh dunia rumah tangga yang kian mencabar. Kredit to Fariza Saidin

[photo] Majlis Resepsi Di Kediaman Khairul Fahmi Che Mat

Majlis resepsi Khairul Fahmi Che Mat dan Liuniey Natasha telah selamat dilangsungkan di kediaman apex pada 5 januari 2013. majlis yang berlangsung di Kampung Chenang, Kota Bharu. majlis turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Cantik kedua-dua pasangan ini apabila mengenakan pakaian dari Azuracouture. Kredit juga buat Azuracouture atas gambar majlis resepsi Khairul Fahmi dan Liuniey Natasha. Ada lagi gambar majlis resepsi di kediaman apex.

[photo] Karpet Ungu Anugerah Juara Lagu 27

 Sebelum bermulanya Anugerah Juara lagu, para artis memperagakan fesyen masing-masing. Untuk kali ini, bukan dikenali sebagai red carpet Anugerah Juara Lagu. Tapi Karpet Ungu Anugerah Juara Lagu 27. Ramai sungguh artis memperagakan fesyen masing-masing

Macam biasa la, ada yang fesyen yang betul-betul sepadan. Ada juga yang terlampau over fesyen. Ini antara gambar-gambar karpet ungu Anugerah Juara Lagu 27.

[news] Keputusan Anugerah Juara Lagu 27


Anugerah Juara Lagu 27 telah melabuhkan tirainya. Kesemua artis telah mempersembahkan mutu persembahan uang hebat. Walaupun begitu, tahniah diucapkan kepada pemenang untuk Anugerah Juara Lagu ke-27. Inilah senarai keputusan Anugerah Juara Lagu 27

Juara - Terukir Bintang (Yuna)
Naib Juara - Idola (Azlan & The Typewriter)
Tempat Ketiga - Ku Akui (Hafiz)
Vokal Terbaik - Ku Akui (Hafiz)
Persembahan Terbaik - Teman Pengganti (Black & RJ)

[photo] Majlis Persandingan Khairul Fahmi Dan Liuniey Natasha

Setelah selamat diijabkabulkan, kini pasangan Khairul Fahmi Che Mat dan Liuniey Natasha telah selamat melangsungkan Majlis Resepsi di Hotel Renaissance Kota Bharu. tahnia diucapkan kepada kedua pasangan ini. Majlis yang memang meriah di tambah pula dengan kecerian penganti baru.

Pakaian pengantin yang bertemakan songket, menyerlahkan lagi kecantikan Liuniey Natasha. Gambar-gambar majlis persandingan Khairul Fahmi dan Liuniey Natasha adalah sumbangan THR Gegar. Ada banyak lagi gambar persandingan Khairul Fahmi dan Liuniey Natasha