macam macam ada: April 2010

[photo] perkahwinan amber chia dan adrian wong

 serba hijau di majlis perkahwinan amber chia dan andrian wong. majlis berlangsung di hotel Le Meridean. jom saksikan photo-photo sekitar majlis perkahwinan mereka.

[photo] dato siti nurhaliza @ starbuck


 walaupun usia semakin meningkat, namun dato siti nurhaliza tetap seperti dulu. cantik, peramah dan bersopan santun. baru-baru ini "simply siti" telah berjaya membongkarkan rahsia kejelitaan dato siti nurhaliza. bertambah naik la saham dato siti nurhaliza walaupun sudah bergelar isteri. kejayaan nya dalam pelbagai bidang perlu dicontohi oleh artis-artis lain. jangan terlalu leka dan mengharap gosip semata-mata.

jom kita saksikan gambar-gambar dato siti nurhaliza di starbuck. nampak gayanya sedang membuka laman facebook. mungkin sedang berbalas mesej dengan dato K ataupun peminat. hehe!! credit to jiwang

[news] protege mentor 4

 mentor mjsim ke-4 kembali!!! dengan mentor dan protege yang terbaik. di jangkakan mentor ke-4 ini akan lebih meletup dengan barisan mentor yang berpengalaman dalam dunia hiburan. mentor musim ke-4 terdiri daripada Joe Flizow, Ziana Zain, Dayang Nurfaizah, Mas Idayu, Mus May dan Azmeer. protege musim ke-4 pun tidak kurang hebatnya iaitu Nani, Ila, Thalia, Ayim, Shaq dan Adi. jom kita saksikan gambar-gambar barisan protege musim ke-4 ini.

[photo] zack x-factor duyung hot

00
Bulan Jun ini, slot lagenda TV3 akan menyediakan satu rancangan menarik iaitu Duyong Aridinata. rancangan kali ini menampilkan kelainan dengan memperkenalkan duyung jantan yang di pegang oleh zack x-factor bukannya zackzuhairi (blogger terkenal tu). Duyong Aridinata menampilkan juga Natasha Hudson dan diarah oleh pengarah Adam Hamid.

Khabarnya, costume duyung ini diimport dari Amerika Syarikat. tak sabar rasanya untuk menantikan slot lagenda "Duyong Aridinata" ini ditayangkan di TV3. jom kita saksikan beberapa gambar pengambaran "Duyong Aridinata" di Pusat Sains Negara



[news] bunga citra lestari mengandung

baru-baru ini terdengar pula desas desus mengatakan ister Asyraf Sinclair, Bunga Citra Lestari sudah hampir 4 bulan mengandung. kami di sini mengucapkan tahniah dan berharap Bunga Citra Lestari menjaga kandungan pertama nya. Pasangan ini berkahwin pada November 2008 dan pernah mencetuskan beberapa kontroversi.

dengar khabarnya, pasangan ini akan mengadakan kenduri kesyukuran apabila kandungan Bunga Citra Lestari mencapai 4 bulan. kenduri kesyukuran itu mungkin hanya di hadiri oleh kedua-dua pihak keluarga dan diadakan secara tertutup tanpa kehadiran waratawan. 

sumber dari mstar online!!!!

[photo] daniel wu photo wedding

 pelakon hong kong yang pernah popular dengan filem "Rob-B-Hood" dan "New Police Story", Daniel Wu telah melangsungkan perkahwinan nya apda 6 April lalu di South Afrika. jom saksikan gambar-gambar perkahwinan nya. credit to daniel wu blog

[news] rozita che wan berkahwin!!!

pasti ramai yang makan hati bila mengetahui rozita che wan bakal menamatkan zaman bujangnya. janda hot pujaan jejaka malaya ini sering ditanyakan tentang status nya. walaupun kurang senang, sebagai artis dia terpaksa terima semuanya. baru-baru ini timbul pula jejaka berumur 34 tahun bakal mengisi ruang kehidupan rozita che wan.

menurutnya, jejaka itu merupa kenalan rapat nya empat tahun yang lalu tapi mulai rapat sejak beberapa bulan yang lalu. setelah banyak isu-isu tentang rozita che wan ini, diharap selepas berkahwin dapat la dikurangkan segalanya. contohnya kisah rozita che wan yang semakin hari semakin seksia dan photoshoot remy ishak berpelukan dengan rozita che wan. so, kami berharap cinta rozita che wan hingga ke jinjang pelamin.

untuk keterangan lanjut, boleh lihat kosmo online!!!!

[news] aaron aziz gay?

aaron aziz!!! siapa la tinggal kenal pelakon kelahiran singapura ini semakin popular di Malaysia. saban hari, pasti muncul dalam filem dan drama. disamping itu juga telah menjadi duta untuk produk L'oreal. di sebabkan kegemilangan yang dicapai, ada pula beberapa pihak yang cuba menjatuhkanya. namun aaron aziz tidak mudah melenting tanpa sebab.

aaron aziz gay?? itulah persoalan yang kerap kali di gossipkan. wal hal, aaron aziz kini memiliki sebuah keluarga yang bahagia. ekoran daripada gosip ini, aaron mencabar orang yang cuba menfitnah nya bersemuka  untuk membuktikannya. dengan itu, pihak m3 berharap penyebar golongan yang suka menfitnah ini, hentikanlah menfitnah. dengan harapan, aaron terus memeriahkan industri perfileman.

sumber dari utusan online

[news] akademi fantasia 8 terbaik????

rasanya, tak pernah lagi mengulas tentang akademi fantasia 8 ini. minat terhadap akademi fantasia semakin berkurangan dengan macam-macam isu yang selalu diketengahkan. lagipun, akedemi fantasia nampaknya semakin berkurang "aura" nya. tambahan pula, baru-baru ini dikatakan peserta akademi fantasia 8 merupakan antara yang terbaik!!!adakah benar semua ini??

apa pula kata-kata peserta-peserta musim yang sebelum ini?? adakah mereka kurang "terbaik" berbanding peserta af8. itu lah persoalannya sekarang ini. nampaknya, pihak m3 lebih berminat terhadap "american idol" yang semakin lama semakin mantap. ditambah pula, dana-dana sms digunalan untuk menampung masalah kanak-kanak dan kemiskinan.

sumber diperoleh dari kak pora berita harian

[news] wan aishah mahsuri berkahwin

wan aishah (sirintra yayee) generasi ketujuh mahsuri telah selamat dinikahkan bersama seorang ushawan muda  dalam industri pelancongan, alee tongyon. satu majlis resepsi akan berlangsung di kediaman pada hari sabtu ini. semoga wan aishah kekal hingga ke akhir hayat. mulakan kehidupan dengan gembira disamping keluarga tercinta

untuk keterangan lanjut >>click here<<


[news] peguam mimiey-norman ditegur hakim

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini menegur pihak pembelaan kes khalwat Memey Suhaiza dan Norman Hakim kerana sering mengakibatkan prosiding tertangguh.
Hakim Syarie Wan Mahiyuddin Wan Muhammad ketika menamatkan prosiding berkata, tiga prosiding lepas terpaksa ditangguhkan atas pelbagai masalah teknikal termasuk hari ini kerana peguam kedua-dua pelakon berkenaan gagal hadir kerana sakit.
"Harap persiapan rapi dibuat selepas ini untuk menyelesaikan kes dalam kadar munasabah (dan) supaya sebarang masalah teknikal dapat diatasi dengan baik.
"Pihak pendakwa juga perlu menyusun jadual agar soal jawab melibatkan saksi dapat diselesaikan pada perbicaraan bermula pagi sehingga petang," katanya.
Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan pelakon baru Memey atau Suhaizah Suhaimi, 21, yang biasanya diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan digantikan dengan wakilnya, Irsamuddin Ikhsan. 

[news] konsert ungu di kuala lumpur

ungu, band popular dari indonesia akan mengadakan konsert meganya di kuala Lumpur pada 1 May ini. konsert tersebut akan berlangsung di Stadium National Bukit Jalil. ini kali ketiga ungu mengadakan kinsert di Malaysia. kumpulan ung dibarisi oleh Pasha, Enda, Once Makki, dan Roman.

Harga tiket bermula dari RM50, RM80, RM100 dan RM200. pihak penagnjur turut menawarkan kaedah beli 2 tiket percuma 1 tiket untuk pembeli terawal. terdapat juga diskaun untuk digi subscribers. untuk tempahan tiket boleh la melawat ticketpro. sumber dari Mstar online

[news] hafiz af7 dan fifi berpisah

[credit to murai]
satu lagi fenomena artis!!! berpisah mahupun bercerai. kali ini giliran hafiz af7 yang sedang meningkat naik. desas desus mengatakan kononya, keluarga hafiz memberi kata dua kepada hafiz samada memilih fif ataupun peminatnya. ini berikutan keluarga hafiz tidak berapa selesa dengan sikap fifi yang cuba mengawal kehidupan hafiz af7.

banyak juga pihak yang tidak senang dengan gosip-gosip murahan yang sedang melanda hafiz zf7 dan fifi. peminat hafiz af7 juga tidak berapa senang dengan sikap fifi yang cuba mempublisitikan diri sendiri disamping hafiz af7. ekoran daripada perpisahan ini, dengar khabarnya fifi kerap melenting di laman facebook. apa nak dikata lagi!! dah memang tak ada jodoh...

[news] zizie ezette dan bung mokhtar masuk mahkhamah

baru-baru ini, kita lihat kemesraan zizie ezette dan bung mokhtar terserlah semasa abpbh 2009. dan semua sudah tahu bahawa zizie ezette merupakan isteri kedua bung mokhtar. kini, terdapat pula laporan bahawa bung mokhtar tidak meminta izin untuk berpoligami dari isterinya. selain itu, dikatakan juga ahli keluarga zizie ezette turut terlibat dalam masalah ini. ikuti. ikuti berita dari utusan online ini.


KUALA LUMPUR 20 April – Datuk Bung Mokhtar Radin mengaku bersalah berpoligami tanpa kebenaran mahkamah ketika kesnya disebut di mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini. Isteri beliau, Zizie Ezette Abdul Samad juga mengaku bersalah bernikah dengan Bung Mokhtar tanpa kebenaran pendaftar.
Selain itu, mereka juga mengaku bersalah atas dakwaan bersubahat dengan pasangan masing-masing untuk melakukan perbuatan berpoligami itu. Bung Mukhtar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, dan Zizie Ezette melakukan perbuatan tersebut pada 16 Disember tahun lalu kira-kira pukul 8.50 malam di sebuah rumah beralamat No. 12, Jalan TC 2B/3, Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak dekat sini.

[news] anne ngasri bercerai???

seorang lagi pasangan malywood yang bercerai!!! dan juga sambungan sejarah untuk peserta sehati berdansa. selepa atilia, radhi dan dira bercerai. kini giliran anne ngasri pula. anne (ngasriah ngasri) dan abdul wafi dikurniakan 2 cahaya mata dan cukup terkenal dengan sikap romantis. sebab-sebab penceraian tidak pula diketahui.

sekarang sudah menjadi lumrah pasangan artis romantis yang bercerai. tidak manis jika dikatakan sengaja meruntuhkan masjid. mungkin disebab kan jodoh sudah berakhir. kini, sehati berdansa mungkin menjadi satu episode ketakutan  akibat kes penceraain pesertanya seorang demi seorang. pihak m3 berharap agar kasih sayang untuk anak-anak tidak diabaikan..

[video][al-fatihah] achik spin meninggal dunia

baru sebentar tadi kita dikejutkan dengan satu kemalangan yang melibatkan achik spin. difahamkan achik spin menumpang kereta rakannya yang terbabas di Perhentian Nilai. kereta itu terbakar dan achik spin tersepit didalam nya. mesti ramai yang terkejut!! 

kesahihan cerita ini belum dapat dipastikan lagi. kita tunggu berita selanjutnya mengenai kemalangan ini. jika benar, mari kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah. achik spin merupakan antara artis yang terbaik dan tanpa ada gosip-gosip yang tidak berfaedah. untuk lebih lanjut boleh lihat utusan online
>>click here<< untuk video kemalangan tersebut

[photo] russel crowe and his hollywood star

russel crowe get his hollywood star

[news] nurul sudah punya kekasih?

Selepas berdepan dengan episod duka menerusi perkahwinan pertamanya, wanita hitam manis ini sebenarnya agak serik untuk memikirkan soal cinta. Biarpun didatangi beberapa lelaki yang menagih cintanya, namun ia langsung tidak membuka pintu hatinya kepada mana-mana lelaki pun.

Tetapi baru-baru ini di puncak Genting Highlands, rona bahagia terpancar jelas pada wajahnya. Liuk lentuk dan bahasa tubuhnya seolah-olah memberi gambaran bahawa dia kini sedang meniti satu fasa baru dalam hidupnya. Apatah lagi, didampingi seorang jejaka berkulit putih melepak sebagai teman menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009).


[credit to utusan online]

[news] dira dan ash bercerai?

[credit to murai]
finalis artis baru wanita abpbh 2009, dira abu zahar mengaku sudah berpisah dengan suami nya, ash. bertambah satu lagi koleksi artis "malaywood" yang bercerai. pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan dan pernah menyertai sehati berdansa musim ke-4. selain itu, terdapat juga artis yang pernah menyertai sehati berdansa bercerai. kasihan!!!

mungkin ini dikatakan tiada jodoh!! harap-harap kedua-dua pihak terus menjadi sahabat demi anak-anak. untuk keterangan lanjut mengenai berita ini, boleh melayari berita harian online.

nik adruce semakin kurus

 pelakon filem "tentang bulan" ini semakin popular kerana sifat peribadinya yang peramah dan sempoi. memang dapat dilihat kecomelannya dari bentuk tubuhnya. dengar kabar, bahawa nik adruse semakin kurus!! diet ataupun liposuction.??? jom kita lihat gambar terbaru nik adruce yang semakin kurus.

[photo] mark wahlberg wedding bliss

 mark wahlberg kiss his wife.

[news] benjy pengedar dadah?




KUALA LUMPUR 6 April - Tindakan polis menahan semula Khairell Benjamin Ibrahim atau Benjy pada 25 Mac lalu berjaya membongkar kegiatan memproses dadah yang dipercayai dilakukan oleh pelakon itu sejak enam bulan lalu.

Malah, Benjy, 32, sendiri pada 31 Mac lalu membawa beberapa anggota polis ke sebuah kondominium di Jalan Segambut. Di sana, pelakon itu menunjukkan peralatan untuk memproses dadah jenis syabu yang disembunyikan di sebuah stor di tingkat 10 kondominium tersebut.

Difahamkan, Benjy tinggal di tingkat enam kondominium yang sama. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, pihaknya turut merampas satu unit pen-drive mengandungi 11 topik yang menerangkan mengenai cara-cara menghasilkan dadah jenis syabu. Kandungan itu turut dilengkapi dengan penjelasan berbentuk video.



credit: utusan online

[photo] red carpet ABPBH 2009

red carpet ABPBH 2009. credit to murai dan sensasi selebriti

keputusan ABP BH 2009

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 berlangsung Di Arena Star Genting Highland. Agak meriah juga dengan pengacaraan yang dikemdali kan dua wanita molek, Raja Azura dan Sharifah Shahira. Turut menggegarkan pentasan dengan persembahan artis-artis lama dan baru. Inilah keputusan ABP BH 2009. Tahniah kepada pemenang!!!


1) Pengacara TV Lelaki Popular : Aznil Nawawi
2) Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana
3) Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail
4) Pengacara Radio Wanita Popular : Fara Fauzana
5) Penyanyi Duo/Kumpulan Popular : Bunkface
6) Artis Komedi Lelaki Popular : Nabil
7) Artis Komedi Wanita Popular : Noorkhiriah
8) Artis Baru Lelaki Popular : Black
9) Artis Baru Wanita Popular : Yuna
10) Pelakon TV Lelaki Popular : Remy Ishak
11) Pelakon TV Wanita Popular : Tiz Zaqyah
12) Penyanyi Nasyid Popular : Rabbani
13) Penyanyi Lelaki Popular : Aizat
14) Penyanyi Wanita Popular : Datuk Siti Nurhaliza
15) Pelakon Filem Lelaki Popular : Que Haidar
16) Pelakon Filem Wanita Popular : Liyana Jasmay

Anugerah Percapaian Sepanjang Hayat : Datuk Khadijah Ibrahim 

Bintang Paling Popular : Datuk Siti Nurhaliza (225,300 Undi!)

[photo] jonas brother @ fishing team

jonas brother @ fishing boat

[photo] sexy kim kardashian

sexy kim kardashian 

Miley Cyrus and Liam Hemsworth


Miley Cyrus!!! mungkin ada yang kenal ada yang tidak. tapi bila sebut saja "Hannah Montana", mesti ramai tahu mengenai nya. baru-baru ini, banyak pula gossip tentang Miley Cyrus ni. Baru-baru ini, Miley Cyrus telah diberi mandat untuk melatih top 11 "American Idol" walaupun dia lebih muda daripada peserta American Idol.

Filem "The Last Song" yang dilakonkan oleh Miley Cyrus bersama boyfriend nya, memecah box office pada hari pertama tayangan. justeru itu, Miley menyuarakan untuk berehat dari dunia nyanyian dan lebih fokus kepada bidang lakonan.

Kini Miley Cyrus dan Liam Hemsworth "fell in love". inilah yang dinamakan cinta lokasi. hasil temubual dengan Ryan Seacrest, dia menyatakan "I wasn’t quite ready to plant one on the “Hannah Montana” star, but it happened anyway" jom usha gambar-gambar antara Miley Cyrus & Liam Hemsworth.

[photo] robert pattison in love

din beramboi meninggal dunia [al-fatihah]

benarkah din beramboi sudah meninggal dunia?? sebelum ini, kecoh dengan mesej yang din beramboi sedang koma akibat daripada virus kencing tikus. selepas itu, din beramboi memperbetulkan kenyataan tersebut dengan menyatakan hanya terkena demam denggi dan berada dalam keadaan stabil. isu ini terjawab apabila ramai orang berpusu-pusu ke hospital Selayang untuk menderma darah O.


beberapa jam yang lalu, afdlin shauki menjelaskan bahawa din beramboi telah pergi kerahmatullah melalui laman facebook nya. berita terdapat juga dalam utusan online. sama-sama la kita menyedekahkan alfatihah buat arwah "din beramboi" atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri. semoga roh nya diberkati Yang Maha Esa. Takziah buat keluarga din beramboi.