[news] nurul sudah punya kekasih? | macam macam ada

[news] nurul sudah punya kekasih?

Selepas berdepan dengan episod duka menerusi perkahwinan pertamanya, wanita hitam manis ini sebenarnya agak serik untuk memikirkan soal cinta. Biarpun didatangi beberapa lelaki yang menagih cintanya, namun ia langsung tidak membuka pintu hatinya kepada mana-mana lelaki pun.

Tetapi baru-baru ini di puncak Genting Highlands, rona bahagia terpancar jelas pada wajahnya. Liuk lentuk dan bahasa tubuhnya seolah-olah memberi gambaran bahawa dia kini sedang meniti satu fasa baru dalam hidupnya. Apatah lagi, didampingi seorang jejaka berkulit putih melepak sebagai teman menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009).


[credit to utusan online]

0 comments:

Post a Comment