macam macam ada: May 2011

[photo] Pernikahan Ahmad Fedtri Pengacara TV3

Tahniah untuk Ahmad Fedtri, pengacara TV3 yang selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangan pilihan hatinya. Sekarang ni, ramai personaliti TV3 yang telah menamatkan status bujangnya. Nampak anggun sekali wajah kedua mempelai ni. Itulah yang dinamakan seri pengantin.

Apapun, jom saksikan gambar-gambar sekitar pernikahan Ahmad Fedtri Yahya. Tahniah diucapkan sekali lagi dari pihak kami.

[photo] Pernikahan Salih Yaakob Dan Isteri Keempat

Sebelum ini, kecoh dengan tindakan Salih Yaakob ingin mencukupkan quota perkahwinan. Akhirnya, segala telah dibuktikan. Salih Yaakob selamat dinikahkan dengan isteri keempatnya Samihah Sheikh Ali. Tahniah diucapkan buat Salih Yaakob dan isteri.

Sungguh indah hidup bermadu. Tambahan pula mendapat persetujuan semua isteri. Credit to hazrey.com. Jom saksikan gambar pernikahan Salih Yaakob dan isteri keempatnya di Masjid jamek Kampung Melayu Kulaijaya.

Nurul AF2 Bernikah di Thailand Dengan Pensyarah

Bintang realiti akademi fantasia 2, telah selmat bernikah dengan pasangannya Mohd Munzil Mohamad di Thailand. mengan bernikah di Thailand? Khabarnya, pernikahan Nurul AF2 di Thailand kerana bapa kandungnya enggan menjadi wali untuk perkahwinannya. Walau bagaimanapun, ini soal keluarga Nurul.

tanggal 23 May 2011, Nurul AF2 telah selamat bernikah. tahniah diucapkan buat Nurul dan pasangannya Mohd Munzil. Diharap pernikahan ini membawa kebahagian buat mereka berdua.Majlis resepsi akan diadakan pada 3 Jun ini di De Palma Hotel Ampang. Moga ikatan yang dibina kekal hingga akhir hayat.

Keputusan Undian Maharaja Lawak Minggu 9

Maharaja lawak kian mendapat sambutan. Untuk maharaja lawak minggu 9, kumpulan Balas telah tersingkir dan kini hanya tingga1 5 maharaja lawak untuk meneruskan perjuangan mereka. Persaingan antara kumpulan Jozan dan jambu semakin sengit. Agak-agaknya, siapakah juara antara semua maharaja lawak ini.

Keputusan undian maharaja lawak untuk minggu 9 telah diketahui. Maharaja minggu 10 akan bersiaran di Penang International Sport Arena (PISA). Warga Pulau Pinang, jangan lepaskan untuk mendapatkan pas percuma pada 2 Jun bermula jam 4 petang.

[photo] Ashraf Muslim Dan Tunang Membeli-belah Di Indonesia

Majlis perkahwinan Ashraf Muslim dan tunangnya, Dayana kian hampir. Di kesempatan ini, Ashraf Muslim dan tunangnya bersama ahli keluarga telah ke Indonesia. Khabarnya untuk membeli kain untuk pakaian pengantin. Sampai ke Indonesia mencari kain ye.

Apapun, gambar-gambar ashraf muslim dan tunangnya di Indonesia menampakkan keceriaan yang akan bertambah ceria. Maklum la, pasangan yang memang nampak secocok dan ideal. Credit buat Beautifulnara.com. jom saksikan gambar-gambar Ashraf Muslim dan tunang di Indonesia

[photo] Pertunangan Khairul Fahmi Che Mat, Goalkeeper Malaysia

Tahniah diucapkan buat goalkeeper Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang telah melangsungkan pernikahan bersama gadis pilihannya Elia. Majlis pertunangan yang bertemakan arab menambahkan lagi suasana pertunangan pasangan ini. Moga ikatan yang dibina ini berkekalan.

Gambar-gambar pertunangan khairul fahmi che mat dan elia terpancar sinar kebahagian. Menarik tema arab yang dipilih. Moga pasangan ini cepat-cepat melangsungkan perkahwinan. Jom saksikan gambar pertunangan khairul fahmi che mat dan elia. Kredit to Elia blog, http://jejariruncing.blogspot.com/

[photo] Bukti Percintaan Rozita Che Wan Dan Shahir AF

Benarkah juara AF8, Shahir kini bercinta dengan Rozita Che Wan? Sejak akhir-akhir ini ramai yang mengatakan tentang kisah cinta Rozita Che Wan dan Shahir AF. Rakan baik mereka, Zain Saidin turut menafikan hubungan percintaan mereka berdua. Sebelum ini, Zain Saidin juga pernah digosipkan bercinta dengan Rozota Che Wan.

Khabar angin ini semakin serius apabila salah seorang peminat ternampak Rozita Che Wan dan Shahir AF di LCCT. Kemungkinan besar ke rumah Rozita Che Wan di Kedah. Adakah semuanya benar? Apapun, jom saksikan gambar bukti Rozita Che Wan dan Shahir di LCCT.

[photo] Anak Kembar Sazzy Falak Dan Nazril Idrus

Mesti ramai teringin lihat gambar kecomelan anak kembar Sazzy Falak. Mana tidaknya, ibu dan ayahnya pun dah "good looking" dan semestinya anaknya comel. Sekali lagi diucapkan tahniah buat Sazzy Falak dan Nazril Idrus. Moga kehadiran bayi ini, menyerikan lagi suasana kehidupan sebagai sebuah keluarga.

Khabarnya, anak kembar Sazzy Falak dilahirkan secara pembedahan. Walaupun begitu, semuanya selamat. Anak kembar comel ini diberi nama Iman Lily dan Tiara Rose. Jom tengok gambar kecomelan anak kembar Sazzy Falak dan Nazril Idrus.

[photo] Perkahwinan Janda Datuk K, Tengku Zawyah

Tengku Zawyah, janda kepada Dato K telah selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya.  Tahniah diucapakan atas Perkahwinan Tengku Zawyah dan Datuk Rayyan Joseph King. Dengan sekali lafaz, Tengku Zawyah Tengku Izham kini menjadi isteri kepada Datuk Rayyan joseph King.

Majlis Pernikahan mereka diadakan di Hotel Royale Chulan, kuala Lumpur. Gambar pernikahan sudah ramai saksikan, mari sama0sama kita saksikan gambar persandingan Tengku Zawyah dan Datuk Rayyan Joseph King. Yang pasti ramai tertarik dengan kek perkahwinan Tengku Zawyah dan Datuk Rayyan Joseph King

[photo] Majlis Resepsi Zed Zaidi Dan Natalia

Zed Zaidi dan Natalia telah selamat diijabkabulkan. kali ini ingin berkongsi gambar-gambar Majlis Resepsi Zed Zaidi yang diadakan di Dewan Perdana Felda. Nampak menarik dengan konsep moden traditional. Ramai juga artis yang hadir dan Iqram Dinzly turut menjadi pengapit untuk Zed Zaidi.

Credit gambar untuk Whitesignature Crew. mari saksikan gambar-gambar majlis resepsi Zed Zaidi dan Natalia. Memang menarik dan tertarik.

[photo] Cheryl Samad Sudah Berkahwin Dengan Mualaf

Sah!! Benarlah khbar angin yang mengatakan Cheryl Samad sudah berkahwin. Cheryl Samad telah berkahwin dengan seorang mualaf Ng Ping Ho. Majlis yang diadakan secara sederhana dan cuma dihadiri oleh sanak saudara berlangsung di Holiday Villa. 

Mungkin ada sebab tersendiri Cheryl Samad merahsiakan perkahwinannya. Tidak semua artis inginkan publisiti. Apapun, kami ucapkan Selamat Pengatin Baru buat Cheryl Samad dan pasangannya. Moga kekal bahagia bersama. Credit to Utusan Malaysia

[photo] Shakira Kini Bercinta Dengan Gerrard Pique Barcelona

Baru sahaja cerita tentang percintaan artis dengan salah seorang pemain bola sepak Malaysia. kini gosip antarabangsa pula. Kali ini, percintaraan antara Shakira dan Gerrard Pique pemain untuk pasukan Barcelona. Shakira memperkenalkan "her sunshine" melalui twitter dan telah tweet gambar diatas ini.

Kini, sah lah bahawa Shakira bercinta dengan Gerrard Pique. Khabarnya, sering dilihat mereka bersama semasa di Spain. Manakala, musuh tradisi Barcelona, real madrid memboikot Shakira melalu penulisan dalam majalah Wisel. Jom saksikan gambar-gambar romantis Gerrard Pique dan Shakira 

[photo] Rita Rudaini Selamat Melahirkan Anak Kedua

Walaupun cerita agak lama, teringin mengucapkan tahniah buat Rita Rudaini yang selamat melahirkan cahaya matanya yang kedua. Bayi yang dilahirkan di Pusat Pakar Perubatan Prince Court diberi nama Airit Rafqa Arjuna. Tahniah buat Rita Rudaini dan Aidil Zafuan.

Walaupun perkahwinan Aidli Zafuan dan Rita Rudaini agak bergoncang, dengan kelahiran bayi kedua ini pasti akan merapatkan kembali hubungan mereka. Kami berdoa agar pasangan ini kekal bahagia. Lagipun seronok melihat kebahagian Rita Rudaini dan Aidil Zafuan. Elakkan penceraian bagi golongan artis..

[My Couture] Butik Terbaru Rozita Che Wan

My Couture, butik terbaru dari Rozita Che Wan. Pelakon wanita idaman lelaki Malaya tampil dengan memperkenalkan butik terbarunya dengan pakaian yang sesuai dan sangat menarik. Pasti ramai ingin mencuba butik terbaru Rozita Che Wan. kemungkinan dapat bergaya sepertia Rozita Che Wan.

Butik yang mempunyai ciri-ciri muslimah ini pasti menadi idaman ramai. tambahan pula Rozita Che Wan sendiri menjadi model untuk butik My Couture. Boleh la lawati website My Couture ataupun facebook My Couture. Jom lihat gambar Rozita Che Wan sebagai model butik My Couture.

[photo] Perkahwinan Fazreen Rafi (Spa Q)

Seorang demi seorang artis malaysia menamatkan zamn bujangnya. Mungkin sudah sampai masanya untuk hidup bersama. Fazreen Rafi yang pernah berlakon sebagai Dafi dalam drama Spa Q turut tidak melepaskan niat untuk berumah tangga. Tahniah diucapkan buat Fazreen rafi dan pasangannya.

Sama cantik sama padan, itulah yang dapat digambarkan pada gambar perkahwinan Fazreen Rafi dan isterinya. Mari saksikan gambar perkahwinan Fazreen Rafi dan pasangannya yang tampil dengan imej berlainan.. Credit to cari.com.my

[photo] Percutian Rosyam Nor dan Keluarga Di Luar Negara

Gambar percutian Rosyam Nor dan keluarga telah tersebar. Nampak bahagia bila dapat bercuti bersama keluraga. Maklum la, sejak kurang berlakon ni. banyak juga aktiviti yang dilakukan oleh Rosyam Nor. Baguslah ada kesempatan menghabiskan masa bersama keluarga.

Dengan gambar-gambar "happy family", terserlah kecantikan anak-anak Rosyam Nor. Rosyam Nor juga pernah membawa dua- anak daranya ke satu majlis anugerah. Dan turut menjadi perhatian media. Adakah anak gadisnya akan mengikut jejak dalam industri hiburan? Sama-sama kita tunggu. Credit to izyan.com

[photo] Perkahwinan Zed Zaidi Dan Natalia

Sebelum ini, kecoh tentang kad kahwin zed zaidi yang unik, iaitu bertemakan facebook. Kini, Zed Zaidi telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan Natalia. Majlis Perkahwinan Zed Zaidi yang seputih salji menampakkan lagi keindahan pasangan yang bertemu melalui facebook.

Tahniah diucapkan buat Zed Zaidi dan Natalia yang sudah selamat di ijabkabulkan. Moga perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat. Jom saksikan gambar pernikahan dan perkahwinan Zed Zaidi dan Natalia. Credit to Khalid Afifi, Whitesignature crew.

[photo] Pertunangan Shera Ayoub dan Zahiril Adzim

 Tahniah diatas pertunangan zahiril adzim dan shera ayoub. Khabarnya akan diijabkabulkan pada 17 Novemver 2011 dan majlis resepsi akan diadakan pada 17 disember 2011. Diharap dalam usia pertunangan ini, dalam menempuh segala cabaran dan dugaan dunia artis ini.

Sama cantik sama padan. Tak sabar nak tunggu majlis perkahwinan Zahiril adzim dan shera ayoub. Apapun, tahniah sekali lagi. Jom saksikan gambar pertunangan shera ayoub dan zahiril adzim. Credit to Ohbulan.com dan beautifulnara