macam macam ada: gambar kahwin artis
Showing posts with label gambar kahwin artis. Show all posts
Showing posts with label gambar kahwin artis. Show all posts

[photo] Majlis Perkahwinan Noh Hujan dan Mizz Nina

Majlis pernikahan Noh Hujan dan Mizz Nina telah berlangsung pada 1 Julai yang lepas. iaitu sempena hari kelahiran Mizz Nina. Majlis pernikahan diadakan di kediaman rumah Mizz Nina di Ukay Height, Ampang. Dengan mas kahwin RM888.88 dan hantaran sebanyak RM11 111.11 telah diterima oleh pihak Mizz Nina.

Majlis resepsi Noh Hujan dan Mizz Nina akan diadakan pada 6 Julai ini, manakala majlis sambut menantu akan diadakan pada 15 Julai di Miri, Sarawak. Moga ikatan yang terbina ini menambahkan lagi kebahagian Noh Hujan dan Mizz Nina. Tahniah diucapkan. Credit gambar to budiey. Jom saksikan gambar pernikahan dan perkahwinan Noh Hujan dan Mizz Nina

[photo] Perkahwinan Zed Zaidi Dan Natalia

Sebelum ini, kecoh tentang kad kahwin zed zaidi yang unik, iaitu bertemakan facebook. Kini, Zed Zaidi telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan Natalia. Majlis Perkahwinan Zed Zaidi yang seputih salji menampakkan lagi keindahan pasangan yang bertemu melalui facebook.

Tahniah diucapkan buat Zed Zaidi dan Natalia yang sudah selamat di ijabkabulkan. Moga perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat. Jom saksikan gambar pernikahan dan perkahwinan Zed Zaidi dan Natalia. Credit to Khalid Afifi, Whitesignature crew.

[photo] Majlis Resepsi Ayu Raudhah dan Zaquan Adha

Gambar Resepsi Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Bagai pinang di belah dua. Penuh dengan suasanan yang romantis. Dengan tema dan pakaian yang sesuai menambahkan lagi seri pengantin. Gambar resepsi di rumah Alor Star, di rumah Ayu Raudhah. Tidak lupa juga pelakon sensasi, Rozita Cik Wan. kakak kepada Ayu Raudhah turut menyerlah

Tidak sabar rasanya hendak menunggu majlis Perkahwinan Rozita Cik Wan. Siapakah yang bertuah. Jom tengok gambar-gambar perkahwinan ayu raudhah dan zaquan adha lagi. credit to facebook Asmady Ahmad

[photo] Perkahwinan Zaquan Adha Dan Ayu Raudhah

 Gambar kahwin Ayu Raudhah dan Zaquan Adha pasti dinanti. pasangan ini telah diijabkabulkan dan selamat menjadi sepasang suami isteri yang sah. tahniah diucapkan, Nampak anggun Ayu Raudhah bersama pasangannya Zaquan Adha. Diharap birasnya, Rita Rudaini turut berbangga dan saling berbaik sesama mereka. Nak tengok lebih banyak gambar?

[news] Tomok Akan Berkahwin Dengan Pramugari, Ayu

Tomok ataupun nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pramugari Julai ini. Pramugari itu, yang dikenali sebagai Ayu yang berumur 31 tahun juga sedang sibuk mengadakan persiapan. Tomok juga tidak menafikan tentang berita ini dan kami berharap Tomok bahagia bersama pasangannya. Serta dipermudahkan semasa perkahwinan Tomok dan Ayu.