macam macam ada: December 2013

[photo] Majlis Resepsi Rozita Che Wan dan Zain Saidin

Akhirnya, Majlis resepsi Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah selamat dilangsungkan di Setia City Convention Centre di Shah Alam. Majlis yang dihadiri rakan artis, ahli keluarga dan rakan media semakin meriah berlangsung. terserlah kejelitaan Rozita Che Wan pada hari tersebut.

Rozita Che Wan menyarungkan dua persalinan yang berwarna keemasan dan kuning. Memang tidak dinafikan, Rozita Che Wan dan Zain Saidin nampak secocok walaupun berbeza usia. Diharap, perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin kekal hingga akhir hayat. lagi gambar majlis resepsi Rozita Che Wan dan Zain Saidin.

[photo] Majlis Pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin

Selamat Pengantin Baru Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Semoga kekal bahagia sehingga akhir hayat. Memang tak dinafikan, ramai yang ingin mengetahui perkembangan perkahwinan Rozita Che wan dan Zain Saidin. Akhirnya mereka telah selamat diijabkabulkan pada 11/12/13 yang lalu.

Dengan sekali lafaz, Zain Saidin sah sebagai suami dan penyeri hidup Rozita Che Wan. Memang terserlah keceriaan kedua-dua pasangan ini selepas diijabkabulkan. Kredit kepada carlosnizam.com atas gambar perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin.