macam macam ada: January 2012

[photo] Blue Carpet Anugerah Juara Lagu 26

Jom saksikan beberapa gambar artis yang hadir semasa Anugerah Juara Lagu ke-26. Semua tampil dengan fesyen masing-masing walaupun hanya memberi sokongan kepada rakan artis yang bertanding. Host blue carpet Aidid dan Leya rasanya lebih menonjol kali ini.. Jom saksikan gambar blue carpet AJL 26. Credit to facebook TV3

[photo] Sekitar Anugerah Juara lagu Ke-26

Anugerah Juara Lagu Ke-26 telah melabuhkan tirainya. Lagu awan nano Hafiz telah dinobatkan sebagai juara. tahniah diucapkan buat Hafiz dan M. Nasir. Persembahan mantap kesemua finalis anugerah juara lagu 26 tidak mencetuskan sebarang kontroversi.

Walaupun tema "air" diperkenalkan, tapi masih xnampak apa kegunaan temanya. Apapun, persembahan yang cukup bertenaga dan menarik mebuat para penonton teruja. Tambahan pula teruja dengan pelbagai aksi di atas pentas. Jpm lihat gambar sekitar anugerah juara lagu 26. Kredit to facebook TV3

[photo] Anak Kedua Serina Chef Wan, Isabella Saffiya

Tahniah buat Serina Chef Wan kerana selamat melahirkan bayi keduanya. Bayi perempuan yang diberi nama Isabella Saffiya itu dilahirkan secara normal. Bertambah lagi seorang cucu Chef Wan. Serina yang berkahwin dengan Gavin kini telah mempunyai seorang anak laki iaitu Tristan Tareef dan ditambah pula dengan seorang puteri.

Sekali tahniah diucapkan dari pihak kami. Agar kelahiran anak kedua ini memperkukuhkan lagi hubungan antara Serina dan Gavin atau nama Islamnya Sallahuddin Ghafar. Credit gambar dari twitter Serina

[photo] Majlis Resepsi Ezlynn dan Adam Fahmy

Sebelum ini, majlis resepsi Ezlynn dan Adam Fahmy mendapat tajaan dari Rafflesia. Ramai mengkritik hebat pakaian Ezlynn ketika itu. Tapi kali ini, majlis resepsi yang berlangsung di Pusat Komuniti Bandar Damansara, Kuala Lumpur nampak lebih menarik dari sebelum ini.

Jom saksikan gambar-gambar resepsi Ezlynn dan Adam Fahmy yang berlangsung selama dua malam. Credit gambar kepada Redphotography

[photo] Pernikahan Ally Iskandar Dan Farah Lee


Tahniah diucapkan buat pasangan Ally Iskandar dan Farah Lee yang telah selamat melangsungkan pernikahan di Masjid Kristal, Terengganu. Dengan dua kali lafaz, Ally Iskandar sah menjadi suami kepada Farah Lee. Farah Lee menerima hantaran sebuah rumah dan Macbook Pro manakala Ally Iskandar menerima Iphone sebagai hantaran.

Tahniah diucapkan sekalai lagi buat Ally Iskadar dan Farah Lee atau nama sebenarnya Norfarahin Ramli. Jom saksikan gambar-gambar sekitar pernikahan Ally Iskandar dan Farah le di Masjid Kristal Terengganu

[photo] Cover Khairul Fahmi Che Mat Dalam Majalah GLAM

Sejak akhir-akhir ni, Khairul Fahmi Che Mat semakin dikenali. Popularnya mengalahkan artis lelaki di Malaysia ini. Tambahan pula, pencarian dalam blog ini juga banyak tentang Khairul Fahmi Che Mat. siapa tidaka kenal penjaga gol negara yang banyak mengerunkan pihak lawan. Apapun, diharap, prestasi Khairul Fahmi Che Mat dapat dikekalkan. Inilah gambar cover majalah GLAM yang menampilkan KFCM.

[photo] Aksi Comel Sazzy Falak Berbaju Sekolah

Wow!! comel sungguh Sazzy Falak bila berbaju sekolah. Memang tak dimakan usia langsung. Memang nampak seperti remaja sekolah padahal sudah mempunyai anak. Apa rahsia Sazzy Falak agaknya? Apapun, moga Sazzy Falak sukses dalam bidang hiburan dan keluarganya.

[photo] Gambar Perkahwinan Ezlynn dan Adam Fahmy

 Tahniah buat Ezlynn dan suaminya Adam Fahmy yang telah selamat diijabkabulkan. Majlis perkahwinan ini diadakan di Hotel Crowne Plaza menggunakan tema keemasan. Walaupun nampak meriah dan exclusive, pakaian Ezlynn tampak mencacatkan sedikit majlis nya. gaun pendek yang dikenakan memang xde langsung unsur adat Melayu. Apapun, tahniah diucapkan buat pasangan  Ezlyn dan Adam Fahmy.

Lagi gambar perkahwinan Ezlynn dan Adam Fahmy. Credit to Redphotography