macam macam ada: mimiey norman khalwat
Showing posts with label mimiey norman khalwat. Show all posts
Showing posts with label mimiey norman khalwat. Show all posts

[photo] Kemesraan Abby Abadi dan Zul

Gambar kemesraan antara Abby Abadi dan Zul kini tersebar. Adakah Abby Abadi dan Zul bakal mengakhiri zaman bujang mereka? Tidak manis sekiranya terus bergambar begini. Sedangkan bekas suaminya yang sudah mengikat tali pertunangan dengan Memey Suhaiza. Khabarnya, Norman Hakim dan Memey Suhaiza bakal berkahwin tidak lama lagi.

Gambar sambutan hari jadi zul yang menunjukkan kemesraan kedua-dua jelas menunjukkan keakraban hubungan mereka. Diharap Abby Abadi dan Zul dapat mempercepatkan urusan perkahwinan bagi mengelakkan sebarang fitnah. Kredit gambar www.izyan.com

[news] peguam mimiey-norman ditegur hakim

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini menegur pihak pembelaan kes khalwat Memey Suhaiza dan Norman Hakim kerana sering mengakibatkan prosiding tertangguh.
Hakim Syarie Wan Mahiyuddin Wan Muhammad ketika menamatkan prosiding berkata, tiga prosiding lepas terpaksa ditangguhkan atas pelbagai masalah teknikal termasuk hari ini kerana peguam kedua-dua pelakon berkenaan gagal hadir kerana sakit.
"Harap persiapan rapi dibuat selepas ini untuk menyelesaikan kes dalam kadar munasabah (dan) supaya sebarang masalah teknikal dapat diatasi dengan baik.
"Pihak pendakwa juga perlu menyusun jadual agar soal jawab melibatkan saksi dapat diselesaikan pada perbicaraan bermula pagi sehingga petang," katanya.
Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan pelakon baru Memey atau Suhaizah Suhaimi, 21, yang biasanya diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan digantikan dengan wakilnya, Irsamuddin Ikhsan.