macam macam ada

[photo] Cheryl Samad Sudah Berkahwin Dengan Mualaf

Sah!! Benarlah khbar angin yang mengatakan Cheryl Samad sudah berkahwin. Cheryl Samad telah berkahwin dengan seorang mualaf Ng Ping Ho. Majlis yang diadakan secara sederhana dan cuma dihadiri oleh sanak saudara berlangsung di Holiday Villa. 

Mungkin ada sebab tersendiri Cheryl Samad merahsiakan perkahwinannya. Tidak semua artis inginkan publisiti. Apapun, kami ucapkan Selamat Pengatin Baru buat Cheryl Samad dan pasangannya. Moga kekal bahagia bersama. Credit to Utusan Malaysia

[photo] Shakira Kini Bercinta Dengan Gerrard Pique Barcelona

Baru sahaja cerita tentang percintaan artis dengan salah seorang pemain bola sepak Malaysia. kini gosip antarabangsa pula. Kali ini, percintaraan antara Shakira dan Gerrard Pique pemain untuk pasukan Barcelona. Shakira memperkenalkan "her sunshine" melalui twitter dan telah tweet gambar diatas ini.

Kini, sah lah bahawa Shakira bercinta dengan Gerrard Pique. Khabarnya, sering dilihat mereka bersama semasa di Spain. Manakala, musuh tradisi Barcelona, real madrid memboikot Shakira melalu penulisan dalam majalah Wisel. Jom saksikan gambar-gambar romantis Gerrard Pique dan Shakira 

[photo] Rita Rudaini Selamat Melahirkan Anak Kedua

Walaupun cerita agak lama, teringin mengucapkan tahniah buat Rita Rudaini yang selamat melahirkan cahaya matanya yang kedua. Bayi yang dilahirkan di Pusat Pakar Perubatan Prince Court diberi nama Airit Rafqa Arjuna. Tahniah buat Rita Rudaini dan Aidil Zafuan.

Walaupun perkahwinan Aidli Zafuan dan Rita Rudaini agak bergoncang, dengan kelahiran bayi kedua ini pasti akan merapatkan kembali hubungan mereka. Kami berdoa agar pasangan ini kekal bahagia. Lagipun seronok melihat kebahagian Rita Rudaini dan Aidil Zafuan. Elakkan penceraian bagi golongan artis..

[My Couture] Butik Terbaru Rozita Che Wan

My Couture, butik terbaru dari Rozita Che Wan. Pelakon wanita idaman lelaki Malaya tampil dengan memperkenalkan butik terbarunya dengan pakaian yang sesuai dan sangat menarik. Pasti ramai ingin mencuba butik terbaru Rozita Che Wan. kemungkinan dapat bergaya sepertia Rozita Che Wan.

Butik yang mempunyai ciri-ciri muslimah ini pasti menadi idaman ramai. tambahan pula Rozita Che Wan sendiri menjadi model untuk butik My Couture. Boleh la lawati website My Couture ataupun facebook My Couture. Jom lihat gambar Rozita Che Wan sebagai model butik My Couture.