macam macam ada

[photo] Zaman Persekolahan Neelofa di MRSM

Sejak akhir-akhir ini, banyak pula kontroversi yang melanda Neelofa ni. Walaubagaimanapun, Neelofa tetap tabah menghadapi segala dugaan. Sebagai public figure, dia perlu menerima semua ini. Memang cute gambar neelofa zaman persekolahan.

Tapi gambar sekarang lagi cute. mesti ramai nak tengok gambar-gambar lain Neelofa semasa zaman persekolahan. kalau tak silapa gambar ini semasa dia masih belajar di MRSM Langkawi.

[photo] Majlis Pernikahan Khairul Fahmi Dan Liuniey Natasha

Akhirnya, jejaka idaman Malaya telah selamat dinikahkan. kini Liuniey Natasha sudah sah menjadi isteri kepada Khairul Fahmi ataupun apex. Tahniah diucapkan kepada Khairul Fahmi Che Mat dan Liuniey Natasha.

Majlis Pernikahan Khairul Fahmi dan Liuniey Natasha dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan, Tumpat Kelantan. Banyak lagi gambar-gambar pernikahan Khairul Fahmi yang diperoleh dari twitter dan instagram. Banyak lagi dibawah ni.

[photo] Majlis Pernikahan Siti Fazurina Dan Hykal

Terlebih dulu nak ucapakan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Fazurina dan Hykal. fazurina yang lebih dikenali sebagai Anita telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Hykal. Didalam kegembiraan, timbul pula tuduhan dan kontroversi mengenai perkahwinan Fazurina.

Fazurina dan Hykal dituduh kahwin lari atau erti kata lain, berkahwin tanpa restu keluarga. Walau apapun dugaan dan kontroversi, diharap Fazurina terus mengekalkan hubungan suami isteri yang dibina hingga ke akhir hayat. Jom saksikan lagi gambar pernikahan Siti Fazurina dan Hykal

[photo] Majlis Resepsi Farid Kamil Dan Diana Danielle Di Kedah

Walaupun dilanda pelbagai kontroversi pada majlis resepsi sebelum ini, Farid Kamil dan Diana Danielle masih tersenyum riang di hari bahagia mereka. Majlis resepsi Farid Kamil dan Diana Danielle di Kedah memang meriah dengan kehadiran peminat mereka.

Yang lebih menarik lagi, kek perkahwinan diganti dengan pulut kuning 5 tingkat. Apapun, selamat menempuh alam rumah tangga buat Farid Kamil dan Diana Danielle. Kredit gambar buat MIG Online.