macam macam ada

[photo] Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Duta Tudung Fareeda

Sebelum ini kecoh tentang video lamaran Fizo Omar. Akhirnya, pada 11 November Fizo Omar dan pasangannya Mawar Abdul Karim telah selamat diijabkabulkan. Majlis pernikahan Fizo Omar berlangsung di rumah pengantin perempuan, Country Height Kajang.

Dengan sekali lafaz, Fizo Omar sah menjadi suami Mawar yang juga anak kepada pengeluar tudung Fareeda. Majlis pernikahan Fizo Omar juga dibantu oleh barisan pelakon yang menjadi "dulang boy". Lagi gambar pernikahan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim. Kredit to beautifulnara.

[photo] Persandingan Ashraf Muslim Dan Isteri Keduanya

Sebelum ini kecoh tentang perkahwinan kedua Ashraf Muslim. Saban hari, gosip-gosip liar semakin kurang ekoran perhubungan Ashraf Muslim dengan isteri pertamanya semakin baik. Walaupun ramai yang tidak gemar Ashraf Muslim membuat tidakan berkahwin kali kedua secara tersembunyi

Apapun, diharap Ashraf Muslim dapat menjalankan tanggungjawab yang adil apabila berpoligami. Dalam kesibukkan begini, majlis persandingan Ashraf muslim turut diadakan di saat isteri keduanya sedang mengandung. Kredit gambar persandingan Ashraf Muslim dan isteri keduanya kepada ColourPictures

[photo] Majlis Pernikahan Diana Amir Dan Habib

Akhirnya, setelah memperkenalkan jejaka idamanya, Diana Amir telah melangsungkan pernikahan dengan Mohd Habib Bullah A.Rahman. Majlis yang bertemakan crystal garden yang mendapat banyak tajaan memeriahkan lagi majlis pernikahan Diana Amir dan Habib. hantaran yang diterima adalah mas kahwin RM1000, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin.

Majlis resepsi Diana Amir dan Habib masih belum ditetapkan atas kesibukkan kedua-dua pihak. Diharap, pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat. Kredit gambar pernikahan Diana Amir dan Habib, Samsultahir Photography atas gambar yang mempesonakan ini

[photo] Diana Amir Memperkenalkan Bakal Suami Dan Tarikh Bernikah

Tahniah buat Diana Amir yang bakal menamatkan zaman bujang nya pada 25 Oktober ini. Akhirnya bakal suami Diana Amir juga diperkenalkan iaitu Mohd Habib Bullah A. Rahman. Moga majlis pernikahan nanti berlangsung dengan sempurna dan moga ikatan perhunungan Diana Amir dan Mohd habib Bullah kekal hingga akhir hayat.

Sejak berhijrah, rezeki Diana Amir semakin mencurah-curah. Tambahan pula, majlis perkahwinan Diana Amir ditaja oleh Yakult (M) Sdn Bhd.Tahniah sekali lagi diucapkan. Kredit gambar Diana Amir dan bakal suaminya Mohd Habib Bullah kepada Samsultahir Photographer