macam macam ada

[photo] Majlis Resepsi Rozita Che Wan dan Zain Saidin

Akhirnya, Majlis resepsi Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah selamat dilangsungkan di Setia City Convention Centre di Shah Alam. Majlis yang dihadiri rakan artis, ahli keluarga dan rakan media semakin meriah berlangsung. terserlah kejelitaan Rozita Che Wan pada hari tersebut.

Rozita Che Wan menyarungkan dua persalinan yang berwarna keemasan dan kuning. Memang tidak dinafikan, Rozita Che Wan dan Zain Saidin nampak secocok walaupun berbeza usia. Diharap, perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin kekal hingga akhir hayat. lagi gambar majlis resepsi Rozita Che Wan dan Zain Saidin.

[photo] Majlis Pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin

Selamat Pengantin Baru Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Semoga kekal bahagia sehingga akhir hayat. Memang tak dinafikan, ramai yang ingin mengetahui perkembangan perkahwinan Rozita Che wan dan Zain Saidin. Akhirnya mereka telah selamat diijabkabulkan pada 11/12/13 yang lalu.

Dengan sekali lafaz, Zain Saidin sah sebagai suami dan penyeri hidup Rozita Che Wan. Memang terserlah keceriaan kedua-dua pasangan ini selepas diijabkabulkan. Kredit kepada carlosnizam.com atas gambar perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin.

[photo] Pra Perkahwinan Farawahida Hanya Berseorangan

Memang sudah menjadi trend mengambil gambar pra perkahwinan di Malaysia ini. Bakal pengantin, Farawahida juga tidak melepaskan peluang mengambil gambar perkahwinan.Dengan pelbagai salinan di gayakan. Tapi mengapa gambar pra perkahwinan Farawahida hanya berseorangan?

Mungkin ada sebabnya tersendiri. hanya sedikit saja raut wajah bakal suami Farawahida itu. Diharap, perkahwinan Farawahida dan jejaka pilihan hatinya akan kekal hingga akhir hayat. Kredit gambar perkahwinan buat Bicara lensa. banyak lagi gambar pra perkahwinan Farawahida dalam pelbagai pakaian.

[photo] Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Duta Tudung Fareeda

Sebelum ini kecoh tentang video lamaran Fizo Omar. Akhirnya, pada 11 November Fizo Omar dan pasangannya Mawar Abdul Karim telah selamat diijabkabulkan. Majlis pernikahan Fizo Omar berlangsung di rumah pengantin perempuan, Country Height Kajang.

Dengan sekali lafaz, Fizo Omar sah menjadi suami Mawar yang juga anak kepada pengeluar tudung Fareeda. Majlis pernikahan Fizo Omar juga dibantu oleh barisan pelakon yang menjadi "dulang boy". Lagi gambar pernikahan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim. Kredit to beautifulnara.