Tahniah untuk Ahmad Fedtri, pengacara TV3 yang selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangan pilihan hatinya. Sekarang ni, ramai personaliti TV3 yang telah menamatkan status bujangnya. Nampak anggun sekali wajah kedua mempelai ni. Itulah yang dinamakan seri pengantin.
Apapun, jom saksikan gambar-gambar sekitar pernikahan Ahmad Fedtri Yahya. Tahniah diucapkan sekali lagi dari pihak kami.
[photo] Pernikahan Salih Yaakob Dan Isteri Keempat
Sebelum ini, kecoh dengan tindakan Salih Yaakob ingin mencukupkan quota perkahwinan. Akhirnya, segala telah dibuktikan. Salih Yaakob selamat dinikahkan dengan isteri keempatnya Samihah Sheikh Ali. Tahniah diucapkan buat Salih Yaakob dan isteri.
Sungguh indah hidup bermadu. Tambahan pula mendapat persetujuan semua isteri. Credit to hazrey.com. Jom saksikan gambar pernikahan Salih Yaakob dan isteri keempatnya di Masjid jamek Kampung Melayu Kulaijaya.
Nurul AF2 Bernikah di Thailand Dengan Pensyarah
Bintang realiti akademi fantasia 2, telah selmat bernikah dengan pasangannya Mohd Munzil Mohamad di Thailand. mengan bernikah di Thailand? Khabarnya, pernikahan Nurul AF2 di Thailand kerana bapa kandungnya enggan menjadi wali untuk perkahwinannya. Walau bagaimanapun, ini soal keluarga Nurul.
tanggal 23 May 2011, Nurul AF2 telah selamat bernikah. tahniah diucapkan buat Nurul dan pasangannya Mohd Munzil. Diharap pernikahan ini membawa kebahagian buat mereka berdua.Majlis resepsi akan diadakan pada 3 Jun ini di De Palma Hotel Ampang. Moga ikatan yang dibina kekal hingga akhir hayat.
Keputusan Undian Maharaja Lawak Minggu 9
Maharaja lawak kian mendapat sambutan. Untuk maharaja lawak minggu 9, kumpulan Balas telah tersingkir dan kini hanya tingga1 5 maharaja lawak untuk meneruskan perjuangan mereka. Persaingan antara kumpulan Jozan dan jambu semakin sengit. Agak-agaknya, siapakah juara antara semua maharaja lawak ini.
Keputusan undian maharaja lawak untuk minggu 9 telah diketahui. Maharaja minggu 10 akan bersiaran di Penang International Sport Arena (PISA). Warga Pulau Pinang, jangan lepaskan untuk mendapatkan pas percuma pada 2 Jun bermula jam 4 petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)










