macam macam ada

[photo] Pernikahan Nurul Syuhada Pengacara Majalah 3

Kali ini giliran Nurul Syuhada, pengacara Majalah 3 menamatkan zaman bujangnya. Tahniah kepada Nurul Syuhada dan  Raja Amir. Memang secocok kerana keduanya nampak seiras. Moga lebih berkat pernikahan yang terbina antara Nurul Syuhada dan Raja Amir.

Dengan sekali lafaz, Nurul Syuhada sah menjadi isteri Raja Amir. Dengan hantaran RM 20 111 dan mas kahwin RM777.Credit gambar untuk ohbulan. Jom saksikan gambar pernikahan Nurul Syuhada dan Raja Amir

[photo] Majlis Resepsi Perkahwinan Farah AF2 dan Johan

Selamat Pengantin Baru buat Farah AF2 dan Johan, yang telah selamat melangsungkan Majlis Perkahwinan mereka di Pusat Maritim Putrajaya. Sama cantik sama padan, itulah yang dapat digambarkan dari raut wajah pasangan ini.

Moga perkahwinan yang terbina ini akan kekal hingga akhir hayat. Majlis Resepsi Farah AF2 dan Johan bertemakan suasana taman memang tampak menarik. Segalanya berjalan lancar dan seperti sedia kala. Credit buat Gi Photoshoot. Jom saksikan gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Farah AF2 dan Johan.

[photo] Pernikahan Farah AF2 dan Johan di Putrajaya

 Tahniah buat Farah AF2 atau nama sebenarnya Farah Diana Bt Anuar yang selamat di ijabkabulkan bersama tunang tersayang Johan. Terserlah seri pengantin  Farah AF2 dengan pasangannya Johan. Tahniah sekali lagi atas pernikahan Farah AF2 dan Johan

Credit to ohbulan.com dan murai.com.my atas gambar perkahwinan Farah AF2. Jom kita tengok gambar pasangan sejoli ini bersama pelamin yang simple tapi sangat menarik. Tak sabar pula nak tunggu majlis di Pusat Maritim 16 Julai ini

[photo] Kad Kahwin Kipas Farah AF2 Dan Johan

Seorang lagi artis Malaysia yang akan menamatkan zaman bujang. Siapa tidak kenal dengan Farah AF2 yang kini tampil dengan imej bertudung dan nampak lebih ayu. Fenomena kad kahwin juga tidak menjadi ketinggalan di kalangan artis. Kad kahwin Farah AF2 dan Johan berbentuk kipas tangan dan memang unik.

Khabarnya, Majlis Perkahwinan Farah AF2 dan Johan akan diadakan di pada 16 Julai 2011 di Pusat Maritim Putrajaya. Majlis yang bertemakan suasanan taman menalan belanja lebih kurang RM200 000. Credit to cari.com.my untuk gambar dan info. Suka tengok kada kahwin Zed Zaidi, Noh Hujan & Mizz Nina juga.