macam macam ada

[photo] Pra Perkahwinan Irwanshah Dan Zaskia

 Artis Indonesia, Irwanshah yang pernah terkenal di Malaysia melalui filem My Heart akan melangsungkan perkahwinannya dalam masa terdekat ini juga. Irwanshah dan Zaskia, telah mengadakan sesi pra wedding. Sama-sama kita nantikan, bila agaknya tarikh perkahwinan Irwanshah dan Zaskia. Pihak kami harap, perkahwinan yang akan dilangsungkan berjalan lancar.

Saksikan gambar-gambar pra perkahwinan Irwanshah dan Zaskia...

[news] Tomok Akan Berkahwin Dengan Pramugari, Ayu

Tomok ataupun nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pramugari Julai ini. Pramugari itu, yang dikenali sebagai Ayu yang berumur 31 tahun juga sedang sibuk mengadakan persiapan. Tomok juga tidak menafikan tentang berita ini dan kami berharap Tomok bahagia bersama pasangannya. Serta dipermudahkan semasa perkahwinan Tomok dan Ayu.

[photo] Sambutan Hari Jadi Dato Siti Nurhaliza

 11 Januari merupakan hari jadi artis paling popular Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Dato Siti Nurhaliza. Sambutan hari jadi yang ke-32 ini berlangsung di JW Marriot, Kuala Lumpur. Sudah makin meningkat usia Dato Siti Nurhaliza tetapi wajahnya tetap sama. Adakah itu penangan SimplySiti? Saksikan gambar-gambar sambutan hari jadi Dato Siti Nurhaliza. Credit to Budiey

[photo] red carpet anugerah juara lagu 25

 Keputusan anugerah juara lagu ke-25 telah diketahui umum. Tahniah buat Ana Rafali yang buat pertama kali menyertai dan telah memenanginya. Harap tidak ada yang terlampau kecewa kerana artis kesayangan tidak mendapat apa-apa. Sudah adat pertandinga, bila ada yang menang pasti akan ada yang kalah. Jom saksikan gambar red carpet anugerah juara lagu 25. credit to beautifulnara dan redmummy!!