macam macam ada

[photo] Anak Kembar Sazzy Falak Cukur Jambul

26 June lepas, Sazzy Falak dan suaminya Nazril telah mengadakan majlis cukur jambul buat anak kembarnya Iman Lily dan Tiara Rose. Hanya keluarga terdekat dan beberapa rakan mereka yang hadir untuk majlis cukur jambul itu.

Nampak semakin comel anak kembar Sazzy Falak. Tetapi susah juga nak membezakan yang mana Iman Lily dan Tiara Rose. Moga kehadiran kedua kembar ini menyerikan lagi rumah tangga Sazzy Falak dan Nazril

[photo] Majlis Resepsi Tomok dan Rahayu, Taman Keramat

Majlis Resepsi pertama Tomok dan Rahayu yang berlangsung di Dewan Serbaguna 2 Taman Keramat memang meriah. Dengan kecpadanan terpancar di kedua-dua wajah pengantin ini. Pakaian pengantin serba unggu menaiikan seri pengantin Tomok dan Rahayu.

Credit to madamondoq atas gambar perkahwinan Tomok dan Rahayu. Mungkin baju rekaan Hatta Dolmatt ini membantu menyerikan majlis kali ini. Jom saksikan beberapa gambar untuk Majlis resepsi tomok dan rahayu

[photo] Majlis Pernikahan dan Perkahwinan Tomok dan Rahayu

Tahniah diucapkan buat Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail yang telah selamat menjadi suami kepada Rahayu Abbas, pramugari MAS airlines. Majlis pernikahan yang diadakan di dewan sebaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur telah dihadiri keluarga dan rakan terdekat pasangan ini.

Rahayu menerima mas kahwin bernilai RM300 dan wang hantaran sebanyak RM12 697.11 dan sembilang dulang hantaran. Mnakala tomok menaerima 11 dulang hantaran. majlis resepsi tomok dan Rahayu akan diadakan 2 Julai ditempat yang sama. Manakala 6 Julai untuk rakan media di Saloma Bistro dan 9 Julai di kediaman tomok di Alam Damai, Cheras.

Jom saksikan gambar pernikahan Tomok dan Rahayu yang bertemakan bidadari. Credit to budiey.com

[photo] Majlis Perkahwinan Noh Hujan dan Mizz Nina

Majlis pernikahan Noh Hujan dan Mizz Nina telah berlangsung pada 1 Julai yang lepas. iaitu sempena hari kelahiran Mizz Nina. Majlis pernikahan diadakan di kediaman rumah Mizz Nina di Ukay Height, Ampang. Dengan mas kahwin RM888.88 dan hantaran sebanyak RM11 111.11 telah diterima oleh pihak Mizz Nina.

Majlis resepsi Noh Hujan dan Mizz Nina akan diadakan pada 6 Julai ini, manakala majlis sambut menantu akan diadakan pada 15 Julai di Miri, Sarawak. Moga ikatan yang terbina ini menambahkan lagi kebahagian Noh Hujan dan Mizz Nina. Tahniah diucapkan. Credit gambar to budiey. Jom saksikan gambar pernikahan dan perkahwinan Noh Hujan dan Mizz Nina